3 jenis posting untuk personal branding

21691265_1587228544672863_368782078_n

Personal branding merupakan strategi pemasaran yang sangat bagus. Sebab tu ramai yang nak buat personal branding. Ramai juga yang cuba buat personal branding tapi akhirnya tak tahu nak poos apa dan apakah jenis post yang perlu dibuat. Akhirnya posting jadi caca-merba.

Dalam posting hari ini saya nak share jenis-jenis posting yang patut kita buat kalau nak personal branding.

1. Branding

Posting berbentuk branding merupakan posting yang memberitahu orang siapa diri anda, apa yang anda buat dan apakah kelebihan anda berbanding orang lain. Ada beberapa cara kita boleh lakukan posting ini.

Kita boleh cerita tentang sejarah atau latar belakang kita. Dalam posting ni kita boleh cerita dulu kita buat apa, apakah pengalaman manis dan pahit kita, apakah kejayaan dan kegagalan kita dan sebagainya. Posting ini akan menyebabkan orang akan kenal siapa anda dulu dan apa yang menyebabkan anda buat apa yang anda buat sekarang. Dalam posting ini juga orang akan kenal siapa sebenarnya anda dan apakah kelebihan anda. (Cara posting kenalah pandai, jangan sampai nampak masuk bagus angkat sendiri).

Satu lagi posting berbentuk branding adalah tips dan panduan. Posting seperti ini akan menjadikan anda ‘pakar’ di mata audien anda. Ia akan meningkatkan kepercayaan orang terhadap anda. Anda boleh buat artikel dan juga video live untuk tujuan ini.

Anda juga boleh post tentang aktiviti harian anda yang ada kaitan dengan bisnes anda. Ini adalah cara bagus untuk anda kenalkan dengan orang lain apakah bisnes yang anda buat. Anda boleh gunakan gambar, atau pun video untuk menunjukkan apa yang anda buat. Pada masa ini jugalah sangat baik untuk anda selitkan pasal produk dan bisnes anda secara halus.

2. Menjual

Jenis posting seterusnya adalah posting untuk menjual. Posting jenis ini boleh dibuat secara direct atau indirect.

Antara posting menjual yang paling berkesan adalah posting testimoni pelanggan. Tapi biar postingnya dalam bentuk cerita supaya tak nampak macam nak menjual sangat. Orang lebih suka baca cerita. Kalau nampak kita terlalu nak menjual orang tak nak baca posting kita.

Selain itu, posting pasal info produk juga boleh digunakan untuk menjual. Ini pun sebaiknya jangan dilakukan secara direct. Anda boleh belajar cara mencerna idea untuk posting pasal produk anda di sini.

Anda juga boleh gunakan posting untuk branding di atas tadi dan kemudian di bahagian hujungnya anda kaitkan dengan bisnes atau produk anda maka ia sudah menjadi posting untuk menjual juga.

3. Engagement

Tujuan posting ini adalah untuk anda lebih dekat dengan audien anda. Posting ini juga membolehkan brand anda menjadi lebih viral dan disukai orang ramai. Anda boleh belajar tentang posting-posting yang mempunyai engagement yang tinggi di sini.

Inilah 3 jenis posting yang perlu kita buat untuk personal branding.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat. Boleh klik button share di bawah supaya lebih ramai lagi yang tahu tentangnya.

Kalau anda ada ide tambahan, boleh share di ruang komen.

2 thoughts on “3 jenis posting untuk personal branding

    1. Ya, branding produk pun ada. Branding orang pun ada. Mana-mana strategi boleh guna sebab semuanya ada kelebihan. Kelebihan personal branding adalah, ia murah dan mudah dapatkan kepercayaan pelanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *