3 jenis posting yang mampu menarik ramai follower

WhatsApp Image 2017-11-18 at 3.56.09 PM

Macam mana ada orang yang ramai follower dan ada juga yang tak ramai? Apa yang menyebabkan orang follow seseorang? Kalau kita tahu jawapan ini bermakna kita pun boleh menarik follower kita sendiri juga.

Untuk dapatkan jawapannya tidaklah terlalu susah.

Anda boleh lihat pada diri anda sendiri. Kenapa anda klik button “follow” di page seseorang?

Dapat jawapannya? Jawapan anda itulah sendirinya merupakan sebab kenapa seseorang itu ramai follower atau sebaliknya.

Antara cara utama untuk orang menarik ramai follower adalah melalui posting mereka. Ada perkara tertentu yang kita post menyebabkan orang nak follow kita. Bukan semua posting boleh menarik follower.

1. Menghiburkan

Media sosial adalah satu cara orang mengisi masa. Kalau rasa boring pasti media sosial akan jadi tumpuan. Tujuannya adalah untuk buat hati rasa gembira dan tidak boring. Sebab itu posting seseorang yang boleh menghiburkan akan menyebabkan menjadi seseorang yang patut difollow.

Antara bentuk posting yang menghiburkan adalah cerita lucu. Lihat sahaja beberapa icon yang menghasilkan video lucu pasti ramai yang akan follow mereka.

Kisah-kisah atau cerita benar (dan tak benar) seperti “confession” dan kisah yang berlaku kepada seseorang menyebabkan mereka difollow. Cerita-cerita terkini sentiasa ditunggu-tunggu kerana membacanya adalah salah satu cara untuk menghiburkan diri.

Ada juga yang suka melihat posting ala-ala “reality show”. Contohnya kisah anak-anak dan keluarga yang berlaku sehari-hari. Melihat atau membaca reality show mereka ini sangat menghiburkan. Ada yang post pasal kecomelan dan kepetahan anak bercakap. Ada juga yang menunjukkan apa yang berlaku dalam rumah dan sebagainya.

Malah bagi mereka yang gemar posting sesuatu yang “kontroversi” juga mudah mendapat follower kerana “isu panas” adalah satu perkara yang orang rasa menghiburkan apabila dibaca. Hati rasa seronok dan puas apabila dapat mengetahui sesuatu isu panas.

Dan tidak ketinggalan, ini jugalah sebabnya kebanyakan artis mempunyai ramai follower.

Jadi kalau anda nak ramai follower, anda boleh pastikan dulu posting anda cukup menghiburkan audien.

Tak semestinya nak jadi artis.

Kalau setiap hari anda mampu menghasilkan posting yang menghiburkan, lama-kelamaan follower anda pun akan bertambah.

2. Berinfomasi

Satu lagi sebab orang suka follow seseorang adalah apabila orang itu dapat menyelesaikan masalah yang dia hadapi.

Contohnya, bagi yang nak kurus misalnya, suka follow guru-guru senaman atau pun pakar-pakar diet sebab kita rasa mereka ini boleh membantu menyelesaikan masalah kita.

Demikian juga bagi yang terlibat dalam bisnes online pasti akan follow sifu-sifu yang expert dalam bisnes online.

Sebab itulah biasanya kita akan lihat pakar dalam bidang tertentu biasanya mempunyai ramai follower kerena mereka dirasakan boleh membantu masalah yang dihadapi oleh orang ramai (mengikut bidang masing-masing).

Posting jenis ini maknanya kita akan memberikan informasi yang sangat berguna dan boleh membantu golongan tertentu dalam menyelesaikan masalah mereka.

Jadi kalau nak ramai follower pastikan posting anda memberi manfaat dan boleh membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka.

3. Inspirasi

Satu lagi jenis orang yang ramai follower adalah orang yang boleh memberikan inspirasi kepada seseorang.

Inspirasi ini boleh terdiri daripada pelbagai bidang. Mungkin kisah ibu bapa yang tabah membesarkan anak kelainan upaya. Boleh jadi juga seorang yang asalnya hidup susah dan miskin akhirnya berjaya. Atau juga seseorang yang dulunya gemuk kini dah slim. Dan macam-macam lagi.

Sebab itu kita lihat orang yang berjaya dalam sesuatu perkara mempunyai follower yang ramai.

Kalau anda seorang yang boleh menjadi inspirasi, ramai orang akan tertunggu-tunggu posting anda dari semasa ke semasa dan follower anda pun akan bertambah saban hari.

Inilah 3 jenis posting yang mampu menarik ramai follower. Kalau anda lihat orang yang mempunyai follower yang ramai pasti mereka menggunakan salah satu atau pun ketiga-tiga jenis post di atas tadi.

Yang penting kita haruslah konsisten. Hasil yang kita inginkan mungkin mengambil masa yang panjang untuk dicapai.

Yang penting jangan putus asa.

Kalau anda rasa artikel ini berguna, ringankan lah tangan untuk klik button share di bawah.

Kalau ada pendapat bernas jangan malu untuk share di ruang komen.

 

One thought on “3 jenis posting yang mampu menarik ramai follower

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *