Apa itu branding?

21390542_1581387988590252_188397095_o

Soalan ini agak simple tapi ramai juga yang tidak tahu apa maknanya dan tak tahu nak buat apa untuknya.

Branding bermaksud memperkenalkan jenama bisnes kita kepada orang. Kita nak beritahu orang :

  1. apa nama bisnes kita
  2. apa yang kita bisneskan
  3. apa kelebihan kita berbanding orang lain

Branding juga bertujuan untuk mewujudkan keyakinan orang ramai terhadap bisnes dan jenama kita. Ini adalah fungsi utama branding untuk jangka masa panjang.

Perasan tak ada sesetengah jenama, walaupun macam-macam perkara buruk yang orang kata kepada produknya tetapi produknya tetap mendapat permintaan dan jualan tinggi seperti salah satu minuman ringan yang terkenal.

Walaupun orang kata keburukan meminum airnya tapi jualannya tetap laju. Malah orang melihat air dan jenamanya pun orang macam tak kisah. Walaupun dikatakan airnya membawa keburukan orang tetap membeli malah merasakannya selamat untuk minum air tersebut.

Sebab apa ini berlaku? Ya! sebab brandingnya sudah kukuh sehingga orang percaya sampai tahap itu.

Pernah juga tokoh marketing yang terkenal di Malaysia dikutuk menipu PHDnya dan sebagainya tapi seminarnya tetap penuh dan tetap ramai yang orang menyokongnya? Kenapa? Ya! Sebab brandingnya sudah berjaya dan orang sangat percaya dengannya.

Begitulah peranan branding yang sangat penting.

Apabila branding kukuh orang pun tak takut nak beli dan berurusan dengan bisnes kita.

Sebaliknya produk yang sangat bagus tapi tidak mempunyai strategi branding yang bagus susah untuk mendapat tempat dalam pasaran. Orang nak beli pun banyak pertanyaan dan persoalan.

Branding sebenarnya akan membantu jualan produk yang berterusan untuk jangka masa panjang.

Anda mungkin juga berminat untuk tahu apa itu personal branding. Anda juga boleh belajar teknik branding menggunakan hastag di sini.

Ada pendapat bernas? Anda boleh share di ruang komen ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *