Apa sebenarnya maksud promosi?

21984100_1608994852496232_2126133811_n

Apa itu promosi?

Soalan ini simple tapi ramai juga yang masih belum faham apa sebenarnya yang dimaksudkan sebagai promosi.

Promosi adalah memberitahu. Tujuannya adalah supaya orang tahu tentang bisnes kita atau pun produk kita.

Promosi boleh dilakukan secara online atau pun offline.

Buka booth atau kedai adalah promosi. Memanggil orang datang ke kedai atau booth kita juga promosi. Memberikan flyers tentang produk atau bisnes kita adalah promosi. Letak iklan dalam surat khabar atau tv dan radio juga promosi.

Kalau secara online pula, kita mungkin update status di fb tentang bisnes atau produk kita. Kita juga boleh menulis tentang bisnes kita di blog. Dan juga boleh upload video tentang produk dan bisnes kita di youtube. Menghantar email tentang produk dan bisnes kita kepada prospek dan pelanggan juga merupakan promosi.

Semoga perkongsian ini membawa kefahaman tentang promosi dengan jelas.

Jika dirasakan bermanfaat boleh klik butang share di bawah supaya kebaikan boleh disebarkan.

Anda juga boleh baca tentang cara-cara promosi bisnes online di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *