Cara promosi bisnes online

22014728_1608995015829549_319277843_n

Promosi bermaksud memberitahu orang tentang bisnes atau produk anda.

Online adalah satu cara promosi bisnes yang sangat berkesan jika kena caranya. Apa yang penting, untuk melakukan promosi secara online kita mestilah pandai menyusun strategi promosi atau kempen yang kita jalankan.

Ada 3 elemen yang penting yang kita perlu tahu apabila melakukan promosi secara online.

1. Kempen

Kempen bermaksud siri promosi yang tersusun untuk mencapai objektif tertentu.

Contoh, katakan kita baru mulakan bisnes dan kita ingin memperkenalkan produk sabun kita kepada orang ramai. Di sini kita perlu susun beberapa siri promosi supaya objektif kita tercapai.

Kita mungkin membuat satu video tentang nilai kasih sayang seorang ibu. Dalam video ini mungkin diceritakan bgaimana ibu sanggup berkorban apa sahaja demi keselamatan dan kejayaan anaknya. Dalam video akan diselitkan tentang sabun yang kita nak jual. Dan di hujung video pula diletakkan link website untuk orang baca tentang sabun tersebut.

Apabila sampai di web pula, prospek mungkin ditawarkan sampel percuma. Untuk dapat sampel percuma prospek perlu isi borang. Daripada borang ini kita akan dapat email dan nombor telefon prospek. Dari sini kita akan hantar email atau sms dari semasa ke semasa untuk berhubung dengan pelanggan kita.

Ini adalah satu contoh kempen. Ada pelbagai cara kempen boleh dilakukan. Ia amat bergantung kepada apakah objektif yang hendak kita capai.

2. Mesej

Untuk melakukan promosi, kita kena jelas apakah mesej yang kita ingin sampaikan kepada prospek kita. Contohnya kalau kita nak kata sabun kita tadi wangi dan membunuh kuman, jadi mesej ini mesti sampai kepada prospek kita.

Mesejnya simpel tapi cara menyampaikan perlu kreatif dan berkesan supaya melekat di minda dan hati pengguna.

Kita ambil contoh ayam goreng yang terkenal di dunia ini. Untuk memberitahu bahawa ayam gorengnya sedap mereka menggunakan mesej “sehingga menjilat jari”. Tak cukup dengan itu dalam video mereka tunjukkan bagaimana ‘enaknya’ orang makan ayam goreng mereka dan disudahi dengan menjilat jadi. Mesej yang hendak disampaikan adalah simpel sahaja, iaitu “ayam goreng kami sedap”.

3. Channel

Channel adalah saluran untuk kita menyampaikan mesej dan kempen kita tadi. Di internet ada banyak channel yang kita boleh gunakan seperti website, blog, youtube, facebook, instagram, tweeter dan banyak lagi. Kita boleh gunakan semua atau beberapa channel bergantung dengan di mana prospek kita berada.

Untuk menghasilkan promosi yang berksan kita mestilah bijak dan kreatif menggabungkan ketiga-tiga elemen di atas tadi.

Anda mungkin juga berminat untuk membaca 10 cara mempromosi web jualan di sini.

Anda boleh share artikel ini kepada yang lain dengan klik butan share di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *