Macam mana nak buat copywiriting yang bagus?

Ini adalah soalan yang menjadi persoalan kepada diri saya sendiri sejak mula menceburkan diri dalam bisnes online. Nak dapat jawapan kepada soalan ini bukanlah mudah.

Kalau nak kira sifu tempat saya belajar pasal bab ni ada 7 orang semuanya. Semuanya mantap dan mempunyai mazhab tersendiri.

Apa yang saya belajar dan apa yang saya amalkan, proses menghasilkan copywriting yang bagus ini memang mengambil masa juga. Ia juga bergantung kepada apa jenis copywriting yang kita ingin hasilkan, sama ada nak buat iklan di fb atau nak buat copywriting untuk minisite dan sebagainya.

Tak kiralah apa pun bentuk copywriting yang kita nak buat, ia mesti lalui 3 proses penting ini :

Sebelum : Kajian

Semasa : Menulis

Selepas : Editing

Kajian

Dalam fasa kajian ini memang banyak perkara kita perlu buat. Ada 2 perkara utama yang kita perlu kaji iaitu kajian tentang pelanggan dan juga kajian tentang produk. Kajian ini boleh juga diluaskan lagi dengan kajian terhadap pesaing.

Kajian ini amat penting supaya kita dapat menulis dengan tepat. Tanpa kajian yang baik, hasil copywriting kita memang akan ke laut.

Menulis

Fasa menulis ini adalah fasa di mana kita akan menterjemahkan apa yang kita kaji tadi ke dalam bentuk iklan yang kita nak. Masa ini adalah masa menulis copywriting yang sebenar. Walaupun fasa ini menulis yang sebenar, ia sangat bergantung kepada bahan yang kita dah sediakan dalam kajian sebelum ini.

Editing 

Setelah selesai semua iklan yang kita tulis, akhirnya kita kena semak baik dari segi ejaan, spacingnya, gambar yang digunakan dan sebagainya.

Senang cerita, buat copywriting  ni lebih kurang macam buat karangan masa sekolah dulu je.

Dan setelah semuanya siap, sedialah untuk iklankan copywriting yang kita dah buat. Ini adalah medan ujian copywriting kita yang sebenar, sama ada berjaya atau tidak mencapai objektifnya.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *