Apa nak buat kalau downline tak mahu berikan nama prospek

 

Pernahkah anda minta nama prospek daripada downline anda tapi mereka tidak dapat melakukannya?

Hal ini adakalanya menyakitkan kepada kerana kita nak tolong mereka tapi mereka pula tak dapat berikan kerjasama sepatutnya kepada kita.

Ingat! mereka join kita sebab mereka nak buat bisnes ini. Cuma kadang-kadang disebabkan masih ada perkara yang mereka kurang faham menyebabkan mereka berasa susah nak bagi nama atau bawa prospek kepada kita. Antara perkara biasa yang mereka fikirkan adalah :

  • tak ada orang yang minat
  • mereka takut penolakan
  • mereka rasa malu untuk menjual

Jadi, apakah cara terbaik untuk “memujuk mereka” memberikan nama prospek kepada anda?

Ini 3 tips boleh dijadikan panduan bersama.

1. Berikan mereka masa

Kadang-kadang downline kita hanya berminat untuk menggunakan produk sahaja pada awalnya. Mereka tidak mahu lagi menjalankan bisnes atas sebab-sebab tertentu.

Jangan desak mereka. Berikan mereka masa. Yang penting kita bina hubungan supaya lebih rapat dengan mereka kerena sesetengah downline yang baru kenal dengan kita berasa kita hanya nak dapat untung semata-mata. Dengan hubungan baik sampai satu masa mereka akan faham dan bersetuju untuk berbisnes bersama-sama kita.

Malah mereka ini boleh menjadi rakan bisnes anda yang paling hebat.

2. Jelaskan tujuan dengan baik

Sesetengah downline kita tak nak bagi nama atau prospek sebab mereka rasa tidak mahu mengambil kesempatan ke atas kawan atau saudara-mara mereka.

Oleh sebab itu kita kena jelaskan apakah kebaikan produk atau bisnes yang boleh membantu rakan atau kawan mereka dan bukannya mereka sahaja.

Kita kena berikan faedah yang betul dan benar-benar berguna kepada kawan dan saudara mereka barulah mereka rasa tidak ragu-ragu untuk memperkenalkan kepada rakan atau saudara-mara mereka.

3. Tunjukkan nilai

Nilai bukanlah duit atau bonus sahaja. Nilai adalah sesuatu yang boleh menjadikan keadaan lebih baik. Kita kena beritahu downline kita bagaimana produk atau bisnes boleh memberikan penjimatan atau menyelamatkan mereka daripada perkara buruk pada masa depan.

Apabila mereka dapat merasa produk atau bisnes kita betul-betul bernilai barulah mereka sudi berkongsi atau bercerita tentang peluang bisnes ini kepada sanak-saudara atau kawan mereka.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Berikan feedback di ruang komen. Klik butang share supaya kebaikan ini dapat disebarkan kepada rakan network yang lain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *