Bagaimana mengurus masa sebagai network marketer


Antara soalan yang saya sering ditanya adalah bagaimana cara uruskan masa.

Ramai yang rasa mereka sibuk tapi hasil masih tiada juga.

Menguruskan masa sebenarnya bukanlah memiliki banyak masa untuk buat bisnes kita tapi yang sebenarnya adalah menggunakan masa yang telah kita peruntukkan untuk aktiviti buat duit (ABD).

Ada sayu rules yang sangat penting iaitu rules 20/80. Dalam network marketing bermaksud 20% masa yang kita gunakan menghasil 80% income kita.

20% masa yang kita ada inilah kita harus isi dengan ABD tadi.

Apakah aktiviti yang dikira sebagai ABD?

1. Prospecting

Iaitu proses menambah senarai nama baru dalam list kita.

2. Setting appointment

Set appointment dengan prospek sama ada secara offline mahupun online.

3. Bentang plan

Menceritakan tentang bisnes kita kepada prospek.

4. Follow up

Follow up prospek yang berminat.

5. Self improvement

Menambah nilai diri dengan belajar ilmu yang penting untuk bisnes kita.

Inilah 5 ABD yang patut kita isi dalam slot masa yang kita ada.

Setiap hari (bagi yang part time) boleh peruntukkan 1-2 jam masa untuk melakukan ABD tadi.

Untuk melancarkan proses ini kita boleh berbincang dengan family supaya mereka faham dan memberi sokongan kepada kita.

Beritahu mereka bahawa kita peruntukkan masa ini dan masa itu untuk membina bisnes supaya masa depan lebih cerah. Jadi kita mohon supaya pada masa kita lakukan ABD kita tidak diganggu.

Untuk berjaya bukanlah bahyak masa yang menentukan kejayaan kita, tapi bagaimana kita menggunakan masa itulah yang akan menentukan kejayaan kita.

Share kepada kawan-kawan supaya mereka pun tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *