10 cara mempromosi web jualan

Web jualan adalah web untuk menjual sama ada bentuk e-commerce atau pun minisite. Web ini membantu kita membuat jualan secara online dan automatik. Untuk meningkatkan jualan di web ini kita perlu tarik ramai pelawat (atau juga dipanggil trafik) ke web tersebut.

Walaupun begitu, menarik banyak trafik ke web jualan tidak bermakna jualan akan meningkat juga kerana ia amat bergantung kepada surat jualan yang terdapat pada web atau pun sejauh mana branding telah dikenali. (Bab surat jualan dan branding saya akan cerita dalam post yang lain nanti)

Sekarang anggaplah surat jualan pada web sangat bagus convertionnya dan juga branding telah pun dikenali. Jadi kalau kita boleh tarik banyak trafik maka banyaklah jualan kita akan dapat.

Persoalannya bagaimana cara nak tarik banyak trafik ke web kita.

Di sini saya akan share 10 teknik yang boleh kita gunakan.

1. Facebook sendiri

Ini adalah cara yang paling digemari kebanyakan orang kerana ia free dan mudah untuk dilakukan. Namun itu bukanlah jaminan jualan akan meningkat juga. Syarat untuk mendapat banyak trafik dari facebook kita sendiri adalah dengan melakukan personal branding dengan baik.

Orang tak akan klik link yang kita berikan kalau mereka tak kenal kita. Kalau personal branding kita telah dikenali barulah ramai orang nak klik link yang kita share. Ia juga bergantung kepada copywriting (ayat iklan) untuk memujuk mereka klik ke web kita.

2. Iklan

Ini adalah kaedah yang paling mudah untuk menarik banyak trafik ke web kita, namun kelemahan teknik ini adalah ia memakan kos. Walaupun begitu kalau convertion pada web tinggi kos tersebut boleh ditampung oleh keuntungan.

Antara program pengiklanan yang boleh digunakan adalah facebook ads dan google adwords.  Selain dua program pengiklanan ini terdapat juga program-program iklan yang lain. Yang pastinya ia adalah berbayar.

Selain itu kita juga boleh beriklan di page atau blog orang lain. Seperti program iklan tadi juga, servis ini juga perlukan bayaran. Yang penting apabila beriklan di page atau blog atau pun instagram orang lain kita kenalah pastikan target audiennya sesuai dengan target audien yang kita nak.

3. SEO

SEO adalah proses meletakkan web kita di muka pertama enjin pencarian seperti google. Contohnya orang nak cari “kalogen terbaik” misalnya, apabila mereka taip kata kunci tersebut di google akan keluar beberapa website berkaitan di bahagian hasil carian.

Biasanya untuk satu-satu carian akan terdapat beratus malah beribu website lain yang akan keluar pada hasil carian. Jadi kita menggunakan teknik SEO ini untuk memastikan web kita berada di muka surat pertama pencarian.

Teknik ini sangat bagus kerana ia adalah percuma, namun ia memerlukan kemahiran untuk melakukannya. Kita juga boleh mengambil servis mereka yang pakar supaya mereka boleh jadikan web kita di muka pertama hasil pencarian tersebut.

4. Youtube

Ya, ini adalah satu lagi medium yang sangat bagus untuk mempromosikan web jualan kita. Biasanya orang akan mencari perkara tertentu di youtube seperti cara menyelesaikan masalah mereka. Contohnya orang mungkin cari “cara senaman untuk buang lemak di perut”.

Kita boleh hasilkan video berkaitan topik tersebut, kemudian di dalam video tersebut atau pun di bahagian penerangan di bawahnya kita boleh letakkan link menuju ke web kita (yang mungkin menjual suplemen untuk kurus).

Contoh lain yang sering digunakan adalah tutorial pakai tudung di mana ia boleh digunakan untuk mempromosi website kita yang menjual tudung. Tips yang penting kalau ingin menggunakan youtube ini adalah mengenal pasti apakah “masalah” yang orang inginkan jawapan di youtube.

5. Email

Untuk menggunakan email bagi mempromosikan web kita, kita perlulah mengumpul email pelanggan terlebih dahulu. Ada beberapa cara kita boleh kumpul email mereka. Antaranya adalah memberikan baucer diskaun. Apabila mereka ingin dapatkan baucer tersebut mereka perlu mengisikan maklumat email. Ini kita boleh gunakan lead capture page dan email autoresponder.

Kita juga boleh kumpul email mereka dengan membuat peraduan. Biasa kan isi borang di shopping mall untuk memenangi peraduan? Kita pun boleh buat benda sama untuk dapatkan email pelanggan.

Selain itu pelanggan yang sedia ada atau telah membeli dengan kita boleh disimpan data mereka termasuklah email.

Satu lagi cara biasa untuk mendapatkan maklumat email daripada pelanggan dan bakal pelanggan adalah dengan memberikan ebook percuma.

Dengan adanya email daripada pelanggan dan bakal pelanggan ini kita boleh mempromosikan website kita tadi dari semasa ke semasa kepada mereka.

6. SMS

Ini pun lebih kurang email tadi cuma lainnya sebab menggunakan sms. Kita boleh kumpul nombor telefon pelanggan dengan menggunakan kaedah sama seperti email tadi. Kemudian nombor telefon ini kita boleh masukkan ke dalam aplikasi SMS blaster dan kita boleh hantar sms secara serentak dari semasa ke semasa.

7. Whatsapp

Ini pun lebih kurang sama dengan email dan sms tadi dari segi cara nak dapatkan nombor telefon. Cuma dari segi untuk mempromosi web kita boleh wujudkan satu group khas untuk pelanggan atau bakal pelanggan kita. Kita juga boleh gunakan whatsapp broadcast untuk menghantar promosi kita dari semasa ke semasa.

8. Blog

Blog adalah satu cara branding yang sangat bagus sekali. Ia juga adalah cara untuk mendapatkan bakal pelanggan dengan cara yang percuma. Dalam blog biasanya kita akan memberikan jawapan atau penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pelanggan-pelanggan kita.

Sesetengah blog juga digunakan untuk update aktiviti atau cerita yang suka dibaca oleh pelanggan atau bakal pelanggan.

Pelawat boleh datang ke blog ini daripada enjin pencarian. Di samping itu apabila branding blog kita sudah dikenali orang akan cari blog itu sendiri.

Kita promosikan web kita dengan meletakkan link atau iklan web kita tadi di atas blog kita ini.

9. Offline

Cara offline adalah dengan cara mencetak flyers atau poster dan banner atau apa-apa sahaja bahan promosi bercetak. Jangan lupa cetakkan alamat website kita di atasnya. Kita juga boleh buat kad bisnes dan pastikan ada alamat web kita di kad tersebut.

10. Seminar, ceramah, expo dan training

Kita juga boleh mempromosikan website kita melalui seminar, ceramah, expo dan training yang kita jalankan atau pun yang orang lain jalankan. Asalkan kita ada peluang untuk bercakap di depan jangan lupa ambil peluang tersebut untuk mempromosi website kita.

Inilah 10 cara yang boleh kita gunakan untuk mempromosikan website jualan kita.

Tapi seperti yang saya katakan awal tadi, menarik banyak trafik semata-mata belum tentu dapat menghasilkan jualan. Ia juga dipengaruhi oleh copywriting yang terdapat pada website tersebut dan juga hasil branding yang telah dilakukan. Ini kita akan bincangkan dalam post yang lain pula.

Kalau ada soalan boleh tanya di ruang komen.

Anda juga boleh klik butang ‘share’ di bawah untuk membantu rakan lain mengetahui info ini.

 

2 thoughts on “10 cara mempromosi web jualan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *