Web jualan

Pernah dengar tentang “web jualan”?

Web jualan merupakan web yang membantu kita untuk menjual. Web ini berfungsi seperti jurujual dan juga cashier untuk kita. Terdapat 2 jenis web jualan yang utama, iaitu yang berbentuk minisite atau single page dan juga yang berbentuk e-commerce.

Yang berbentuk minisite biasanya digunakan untuk menjual satu jenis atau satu set produk sahaja web ini biasanya terdiri daripada satu muka surat sahaja.

Contoh minisite
Contoh minisite

E-commerce pula sangat sesuai digunakan jika anda mempunyai banyak produk.

Contoh web ecommerce
Contoh web ecommerce

Apa yang menariknya dengan web jualan adalah anda tak perlu untuk ‘melayan’ setiap pelanggan yang nak beli produk anda, sebab web anda telah menjalankan fungsi tersebut. Web jualan membantu anda menerangkan produk kepada pelanggan, melayan dan menjawab persoalan dan juga membantu urusniaga dijalankan.

Dengan kata lain dengan mempunyai web jualan anda boleh menjalankan jualan secara automatik.

Yang penting kita tahu selepas memiliki web jualan adalah mempelajari cara mempromosi web tersebut. Anda boleh mempelajari 10 cara mempromosi web jualan.

2 thoughts on “Web jualan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *