9 idea posting di media sosial untuk online seller

Tak tahu nak post apa di media sosial anda? Asyik post benda sama sampai anda sendiri pun rasa bosan.

Di sini saya nak share 9 idea untuk posting di media sosial anda.

1. Postkan ucapan anda

Salam dan selamat pagi walaupun bendanya simple tapi sangat berkesan untuk naikkan engagement.

Jangan hanya harap orang sahaja jawab salam anda, kalau orang lain beri salam sudi-sudilah menjawabnya juga.

2. Tips dan panduan

Ini bergantung kepada apakah model bisnes anda. Kalau anda seorang penjual produk kesihatan updatelah pasal tips menjaga kesihatan.

Yang penting update lah tips dan panduan yang prospek anda suka dan boleh selesaikan masalah mereka.

3. Cerita pengguna produk

Share pengalaman pengguna produk anda sebagai post anda di media sosial. Ceritakan penderitaan mereka sebelum guna produk anda dan apakah benefit mereka dapat lepas guna produk anda.

4. Menarik pasal produk anda

Tak perlu semua, dalam satu post fokus tentang salah satu perkara menarik pasal produk anda. Buat dalam bentuk gambar lebih baik.

Boleh jadi pasal ramuannya, fungsinya dan apa-apa jua yang menarik pasal produk tersebut.

5. Jenaka, games dan teka teki

Ini sangat bagus untuk menggalakkan interaksi orang dengan post anda. Malah boleh dapat viral. Jangan lupa gunakan hastag untuk post yang dijangka viral.

6. Live

Share video live sewaktu anda jalankan bisnes. Mungkin waktu anda temubual pelanggan, melakukan pembungkusan barang anda dan apa jua aktiviti bisnes yang anda lakukan.

7. Kata-kata motivasi

Orang suka dengan inspirasi yang boleh buat mereka “feel good”. Sekali lagi jangan lupa gunakan hastag anda sebab ia mungkin jadi viral.

8. Titipkan doa

Ya doa juga boleh jadi post anda sama ada doa untuk diri sendiri, keluarga atau orang lain.

9. Video tutorial

Untuk menunjukkan cara menggunakan produk anda. Walaupun anda rasa ini mudah tapi pengguna ia amat berguna.

Semoga bermanfaat!

Klik share supaya yang lain pun tahu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *