Tips follow up prospek sempoi bagi online seller

Sebagai online seller, sudah pasti anda dapat ramai prospek yang berminat dengan produk anda tapi belum ada modal untuk membeli.

Tahukah anda bahawa mereka selalunya bukan tidak ada modal tapi mereka sebenarnya berhati-hati dan cuba mendapatkan keyakinan sebelum membeli.

Jadi hanya dengan follow uplah boleh mengubah mereka daripada tidak percaya tadi kepada percaya.

Mungkin ada yang dah boring follow up prospek. Follow up pun macam tuk jugak.

Ya ia bergantung kepada teknik follow up yang kita gunakan.

Sini saya nak share cara follow up yang saya sendiri gunakan dan memberikan impak yang sangat osem.

1. masukkan prospek yang berminat tapi belum ada modal ke dalam ‘broadcast list’ kita di whatsapp.

2. hantar cerita berkaitan kisah kejayaan pengguna produk kepada mereka setiap hujung bulan.

Ingat beberapa perkara ini :

– skrip follow up mestilah nampak natural dan seolah-olah kita bercakap dengan mereka
– gunakan cerita sebenar
– jangan selalu sangat broadcast sekali sebulan cukup dan biasanya lakukan hujung bulan waktu dekat dengan gaji

Insyallah dengan cara ini prospek yang anda perolehi tidak ‘terbazir’ begitu sahaja dan kemungkinan besar mereka akan membeli juga akhirnya.

Moga tips ini membantu.

Jangan pandai sorang-sorang klik share supaya kawan lain pun tahu.

 

2 thoughts on “Tips follow up prospek sempoi bagi online seller

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *