Cara menggunakan media sosial dengan berkesan untuk pemasaran

Banyak tips banyak trik menggunakan media sosial untuk membuat pemasaran sampai kadang-kadang kita pun pening dan tak tahu nak mula macam mana. Saya cakap begini sebab inilah juga yang saya hadapi awal-awal dulu apabila cuba menggunakan media sosial untuk pemasaran.

Dah cuba macam-macam pun tak menjadi.

Akhirnya saya buat keputusan untuk mencari formula yang paling berkesan. Hasil pencarian ini akhirnya saya jumpai ada beberapa part sebenarnya harus bergabung bersama-sama untuk menjadikan pemasaran kita di media sosial lebih berkesan.

Untuk melakukan pemasaran di media sosial sekurang-kurangnya kita melakukan 3 aktiviti utama ini :

1. Tambah follower setiap masa

Ya ini mesti dilakukan dari semasa ke semasa lebih-lebih lagi kalau kita baru mulakan. Tapi ingat mesti ikut rules sesebuah media sosial supaya akaun kita tak kena flag. Bagi sesetengah media sosial yang menghadkan jumlah follower atau pun friend, jangan takut untuk buang dan tambah friend lain jika dah penuh. Kita nak buat bisnes jadi kita pilihlah friend yang boleh jadi bakal pelanggan kepada kita.

2. Interaksi

Ini sangat penting terutamanya bagi kita yang belum dikenali. Ramai yang gunakan media sosial tidak mengambil berat hal ini. Mereka hanya suka post status tetapi tidak memperdulikan follower atau friend di sekeliling mereka. Di media sosial ini adalah lebih kurang macam dunia sebenar. Kalau kita nak orang kenal kita, kita perlulah berinteraksi dengan orang sekeliling kita.

Cara melakukan interaksi di media sosial ada 2 :

i – komen di post orang lain

ii – post status yang menggalakkan orang lain komen seperti soalan, doa, kata-kata motivasi, teka-teki, peraduan dan macam-macam lagi.

3. Update status

Ya, kita kena update status dari semasa ke semasa. Update janganlah tentang bisnes atau pun produk kita semata-mata. Anda boleh belajar 9 idea posting ini.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.

Jangan lupa klik Share supaya kawan-kawan lain pun tahu.

4 thoughts on “Cara menggunakan media sosial dengan berkesan untuk pemasaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *