Gunakan hastag untuk branding

Hastag ialah perkataan yang bermula dengan tanda “#” contohnya #kopinyaman #sprayawetmuda #jusmenggigit dan macam-macam lagi.

Hastag ini sangat bagus untuk branding bisnes, produk atau apa-apa sahaja yang kita hendak brandingkan.

Cara gunanya simple sahaja, apa-apa post anda baik yang ada kaitan atau tak ada kaitan di hujung atau dalam post tersebut pastikan anda meletakkan hastag pada nama, perkataan atau perkara yang anda hendak brandingkan. Gunakan hastag ini secara istiqamah.

Ada 2 perkara yang audien akan buat apabila nampak hastag yang anda gunakan.

1. Apabila mereka dah selalu nampak hastag tersebut mereka mula mengenali hastag yang anda gunakan. Dengan erti kata lain perkara yang anda hendak brandingkan sudah mula dikenali orang.

2. Orang akan cari. Setelah kenal orang akan mula menyiasat atau mencari apa sebenarnya hastag tersebut. Mereka akan klik hastag itu dan akan keluarlah post-post yang mengandungi hastag tersebut. Ini akan meningkatkan keyakinan mereka terhadap apa yang anda promosikan.

Lama-kelamaan, hastag yang anda gunakan itu juga ada kemungkinan digunakan oleh orang lain. Di sinilah jenama anda mulai viral.

Dah nampak bagaimana hastag membantu anda sekarang?

Kalau nampak jangan nampak sorang.

Klik share supaya kawan lain pun tahu.

One thought on “Gunakan hastag untuk branding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *