Gunakan hastag untuk branding

Hastag ialah perkataan yang bermula dengan tanda “#” contohnya #kopinyaman #sprayawetmuda #jusmenggigit dan macam-macam lagi.

Hastag ini sangat bagus untuk branding bisnes, produk atau apa-apa sahaja yang kita hendak brandingkan.

Cara gunanya simple sahaja, apa-apa post anda baik yang ada kaitan atau tak ada kaitan di hujung atau dalam post tersebut pastikan anda meletakkan hastag pada nama, perkataan atau perkara yang anda hendak brandingkan. Gunakan hastag ini secara istiqamah.

Ada 2 perkara yang audien akan buat apabila nampak hastag yang anda gunakan.

1. Apabila mereka dah selalu nampak hastag tersebut mereka mula mengenali hastag yang anda gunakan. Dengan erti kata lain perkara yang anda hendak brandingkan sudah mula dikenali orang.

2. Orang akan cari. Setelah kenal orang akan mula menyiasat atau mencari apa sebenarnya hastag tersebut. Mereka akan klik hastag itu dan akan keluarlah post-post yang mengandungi hastag tersebut. Ini akan meningkatkan keyakinan mereka terhadap apa yang anda promosikan.

Lama-kelamaan, hastag yang anda gunakan itu juga ada kemungkinan digunakan oleh orang lain. Di sinilah jenama anda mulai viral.

Dah nampak bagaimana hastag membantu anda sekarang?

Kalau nampak jangan nampak sorang.

Klik share supaya kawan lain pun tahu.

Cara ini bantu sales di web jualan walapun copywriting tak berapa power

Anda biasa beli secara online kan?

Pernah tak fikir kenapa anda beli di web tu dan tak beli di web lain…

Ada pula web yang anda susah nak buat keputusan nak beli atau tak…

Ada pula web tanpa baca copywriting sangat terus je anda beli…

Ada web yang anda rasa was-was nak beli…

Ada pula web selambe je anda beli tanpa fikir panjang sangat…

Perasan tak?

Ya! ini adalah hasil branding yang telah dilakukan. Branding senang faham adalah nak bagitahu orang kenal nama kita, produk atau jenama kita. Dengan kenal nama ini akan menyebabkan orang yakin dengan kita. Apabila sudah yakin orang nak beli pun senang.

Tips branding bagi bisnes kecil dan baru

1. Cari kekuatan & keunikan anda

Lihat dalam market apa lagi perkara yang orang belum sentuh. Contoh kalau produk kurus memang banyak dalam pasaran apa specialnya produk kurus anda. Highlitght kan perkara ini supaya orang tahu apa keistimewaan anda. Anda boleh jadikan tagline atau juga story yang dibuat.

2. Bina hubungan jangka panjang

Jika nak guna strategi branding ini kena fikirkan jangka masa panjang dengan pelanggan. Sebab itu kalau kita lihat jenama besar mereka tetap keluarkan iklan walaupun sudah terkenal. Bagi bisnes yang baru dan kecil, kita juga boleh bina menggunakan medium percuma untuk berhubung selalu dengan pelanggan kita seperti whatsapp, page, youtube dan sebagainya.

Yang penting kita ada cara untuk terus-menerus berhubung dengan pelanggan kita. Semakin lama kita berhubung semakin percaya pelanggan dengan kita.

3. Sampaikan mesej “keunikan atau identiti” jenama anda secara konsisten

Contohnya kalau anda nak brandingkan jenama anda sebagai “mesra pelanggan”, jadikan mesej mesra pelanggan ini sebagai mesej utama yang anda nak sampaikan. Ia mungkin dalam bentuk cerita, gambar-gambar yang anda gunakan dan apa sahaja untuk menonjolkan ciri tersebut kepada pelanggan anda.

4. Usah meniru

Tak perlu nak tiru cara jenama besar. Gunakan cara anda sendiri dan yakin dengan kekuatan diri anda sendiri.

5. Logo dan nama

Pastikan logo dan jenama anda ada di mana-mana dalam bahan pemasaran atau medium yang anda gunakan.

Yang penting dalam menggunakan strategi ini kita kena sabar sebab dalam membina jenama ianya mengambil masa. Tapi apabila jenama kita telah dipercayai ianya akan sangat membantu jualan kita di kemudian hari. Orang tak perlu fikir panjang kerana mereka telah percaya dengan kita.

Semoga perkongsian ini membantu.

Jangan lupa klik button share di bawah demi menyebarkan kebaikan.