5 posting fb yang mendapat engagement yang tinggi

Online seller yang menggunakan fb memang mengidamkan posting yang banyak like dan komen serta viral ala-ala artis gitu. Kalau boleh sekali post beratus orang like dan komen. Tapi hakikatnya kebanyakan post berlalu bagai angin lalu ditemani cengkerik malam, krik krik je.

Memang stress dibuatnya!

Ok, dalam post ini saya nak share 5 jenis posting yang boleh mendapat engagement yang tinggi berdasarkan pemerhatian dan percubaan saya sendiri.

1. Ucapan salam

Post ucapan salam insyallah akan mendapat sambutan yang tinggi. Maklumlah kalau tak jawab salam berdosakan (tapi saya bukan nak bincang hukum agama ya). Buat ucapan setiap pagi pun tak jadi masalah. Ia cara bagus untuk memulakan wujud hubungan dengan friendlist kita di fb.

2. Doa

Ya, ini satu lagi bentuk post yang orang suka sangat memberikan respon. Kalau doa itu memang ada kaitan dengan audien kita memang mereka suka meng’amin’kannya. Malah sesetengah seller siap bagitahu lagi, semoga orang yang meng’amin’kan doa ini mendapat apa yang didoakan.

3. Motivasi

Ya, orang suka diinspirasi. Sama ada motivasi dalam bentuk qoute atau pun cerita orang sangat suka mendengarnya. Malahan posting berbentuk motivasi ini adakalanya mendapat share yang amat tinggi. Senang cerita kita buat orang berasa ‘feel good’.

4. Soalan

Ini satu lagi bentuk post yang senang nak dapat engagement sekali pun soalan poyo seperti “dah makan belum”, “buat apa sekarang” dan macam-macam lagi. Tapi untuk seller saya suggest anda tanya soalan yang berkaitan dengan bisnes anda sebab selain meningkatkan engagement ia juga bagus untuk anda buat market survey.

5. Cerita (lawak)

Cerita memang sering menarik perhatian orang ramai. Sama ada cerita sendiri, cerita orang lain ia tetap menarik perhatian dan mudah mendapat respon. Yang penting dalam cerita ini mesti ada pengajaran yang berguna. Cerita lawak juga mudah mendapat respon sebab antara sebab orang memang mengguna fb adalah untuk menghiburkan hati.

Bonus : Tips dan panduan

Ya, orang suka kalau ada orang lain tolong selesaikan masalah mereka. Tips dan panduan yang berguna memang sangat disukai dan mendapat respon yang sangat baik daripada audien.

Cuma satu panduan yang saya nak share juga. Post ini semata-mata kadang-kadang kurang berkesan seandainya kita tidak ‘berhubungan’ dengan friendlist kita di fb lebih-lebih lagi kalau kita orang baru. Jadi selain melakukan posting, kita juga kena tahu siapa yang kita nak add dan juga ringan-ringankan tangan untuk klik like dan komen post orang lain.

Semoga membantu!

Ringankan tangan untuk klik share supaya kebaikan dapat kita sebarkan bersama-sama.

Cara menggunakan media sosial dengan berkesan untuk pemasaran

Banyak tips banyak trik menggunakan media sosial untuk membuat pemasaran sampai kadang-kadang kita pun pening dan tak tahu nak mula macam mana. Saya cakap begini sebab inilah juga yang saya hadapi awal-awal dulu apabila cuba menggunakan media sosial untuk pemasaran.

Dah cuba macam-macam pun tak menjadi.

Akhirnya saya buat keputusan untuk mencari formula yang paling berkesan. Hasil pencarian ini akhirnya saya jumpai ada beberapa part sebenarnya harus bergabung bersama-sama untuk menjadikan pemasaran kita di media sosial lebih berkesan.

Untuk melakukan pemasaran di media sosial sekurang-kurangnya kita melakukan 3 aktiviti utama ini :

1. Tambah follower setiap masa

Ya ini mesti dilakukan dari semasa ke semasa lebih-lebih lagi kalau kita baru mulakan. Tapi ingat mesti ikut rules sesebuah media sosial supaya akaun kita tak kena flag. Bagi sesetengah media sosial yang menghadkan jumlah follower atau pun friend, jangan takut untuk buang dan tambah friend lain jika dah penuh. Kita nak buat bisnes jadi kita pilihlah friend yang boleh jadi bakal pelanggan kepada kita.

2. Interaksi

Ini sangat penting terutamanya bagi kita yang belum dikenali. Ramai yang gunakan media sosial tidak mengambil berat hal ini. Mereka hanya suka post status tetapi tidak memperdulikan follower atau friend di sekeliling mereka. Di media sosial ini adalah lebih kurang macam dunia sebenar. Kalau kita nak orang kenal kita, kita perlulah berinteraksi dengan orang sekeliling kita.

Cara melakukan interaksi di media sosial ada 2 :

i – komen di post orang lain

ii – post status yang menggalakkan orang lain komen seperti soalan, doa, kata-kata motivasi, teka-teki, peraduan dan macam-macam lagi.

3. Update status

Ya, kita kena update status dari semasa ke semasa. Update janganlah tentang bisnes atau pun produk kita semata-mata. Anda boleh belajar 9 idea posting ini.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.

Jangan lupa klik Share supaya kawan-kawan lain pun tahu.

9 idea posting di media sosial untuk online seller

Tak tahu nak post apa di media sosial anda? Asyik post benda sama sampai anda sendiri pun rasa bosan.

Di sini saya nak share 9 idea untuk posting di media sosial anda.

1. Postkan ucapan anda

Salam dan selamat pagi walaupun bendanya simple tapi sangat berkesan untuk naikkan engagement.

Jangan hanya harap orang sahaja jawab salam anda, kalau orang lain beri salam sudi-sudilah menjawabnya juga.

2. Tips dan panduan

Ini bergantung kepada apakah model bisnes anda. Kalau anda seorang penjual produk kesihatan updatelah pasal tips menjaga kesihatan.

Yang penting update lah tips dan panduan yang prospek anda suka dan boleh selesaikan masalah mereka.

3. Cerita pengguna produk

Share pengalaman pengguna produk anda sebagai post anda di media sosial. Ceritakan penderitaan mereka sebelum guna produk anda dan apakah benefit mereka dapat lepas guna produk anda.

4. Menarik pasal produk anda

Tak perlu semua, dalam satu post fokus tentang salah satu perkara menarik pasal produk anda. Buat dalam bentuk gambar lebih baik.

Boleh jadi pasal ramuannya, fungsinya dan apa-apa jua yang menarik pasal produk tersebut.

5. Jenaka, games dan teka teki

Ini sangat bagus untuk menggalakkan interaksi orang dengan post anda. Malah boleh dapat viral. Jangan lupa gunakan hastag untuk post yang dijangka viral.

6. Live

Share video live sewaktu anda jalankan bisnes. Mungkin waktu anda temubual pelanggan, melakukan pembungkusan barang anda dan apa jua aktiviti bisnes yang anda lakukan.

7. Kata-kata motivasi

Orang suka dengan inspirasi yang boleh buat mereka “feel good”. Sekali lagi jangan lupa gunakan hastag anda sebab ia mungkin jadi viral.

8. Titipkan doa

Ya doa juga boleh jadi post anda sama ada doa untuk diri sendiri, keluarga atau orang lain.

9. Video tutorial

Untuk menunjukkan cara menggunakan produk anda. Walaupun anda rasa ini mudah tapi pengguna ia amat berguna.

Semoga bermanfaat!

Klik share supaya yang lain pun tahu!