Rasa down? Macam mana nak naik balik dengan pantas

Pernah rasa down?

Sudah pasti pernah kan?

Ikut kata sifu network marketing saya, “kalau anda tak pernah rasa down 2 kali seminggu maknanya anda belum berusaha cukup keras.”

Katanya lagi…

“Orang yang berjayalah paling banyak sekali rasa down”.

Kata-kata ini betul-betul buat saya rasa teruja.

Rasa down dalam perjalanan bisnes kita adalah perkara biasa.

Rasa nak putus asa dengan betul-betul putus asa adalah 2 perkara berbeza.

Rasa nak putus asa adalah perkara biasa berlaku kalau anda memang kuat berusaha. Sampai satu peringkat apabila menghadapi cabaran kita akan rasa nak putus asa.

Rasa nak putus asa dengan betul-betul putus asa adalah dua perkara berbeza.

Rasa nak putus asa bukan bermaksud betul-betul putus asa, tapi ia adalah perasaan normal yang berlaku apabila kita berhadapan dengan masalah atau cabaran.

Apa yang berbeza dengan orang gagal dan berjaya adalah,

“Orang berjaya walaupun dia rasa nak putus asa ia rasa tak lama dan takkan biarkan perasaan itu memusnahkan impiannya sebaliknya dia akan bangkit semula untuk mencapai impiannya”.

Sebaliknya orang gagal akan terus bermain perasaan dan akhirnya perasaan tersebut menguasainya dan dia benar-benar menjadi putus asa.

Orang berjaya komit dengan impiannya. Walauapapun berlaku dia terus berusaha sehinggalah impiannya tercapai.

Yang penting adalah apabila rasa down atau rasa nak putus asa kita bangkit semula secepat mungkin.

Apakah cara terbaik untuk kita bangkit semula?

BERTINDAK

Ya! Bertindak.

Buat apa yang patut dibuat sebagai seorang network marketer.

Antaranya :

-pergi buat sales

-jumpa orang

-dengar video motivasi

-jumpa upline

-buat prospecting

-rekrut lebih ramai

Jangan biarkan diri kita dibuai rasa down, sebaliknya berusaha terus supaya kita terus kekal aktif dan dapat mencapai impian kita.

Dah habis baca?

Jangan lupa klik butang share di bawah supaya info ini diketahui juga okeh rakan bisnes yang lain supaya mereka tahu nak buat apa kalau rasa down.

 

5 Tips tingkatkan keyakinan anda

Pernah tak anda atau downline anda rasa kurang keyakinan untuk memperkenalkan bisnes atau produk anda kepada orang lain?

Berikut adalah 5 tips yang anda boleh buat untuk tingkatkan keyakinan dan boleh membantu anda dan rangkaian anda meningkatkan lagi jualan dan penajaan.

1. Buat testimoni sendiri

Testimoni sendiri amat membantu anda menjadi lebih yakin. Anda boleh sediakan gambar atau apa-apa dokumen yang menunjukkan anda lebih baik selepas menggunakan produk yang anda promosikan.

Apabila anda sendiri menjadi testimoni anda akan bercerita dengan lebih yakin lagi.

Orang yang mendengar pun akan lebih percaya kerana diri anda sendiri yang diceritakan.

2. Hadirkan diri ke acara syarikat

Syarikat atau group sering mengadakan perjumpaan. Ini sangat bagus kerana acara begini dihadiri oleh mereka yang positif dan mempunyai kisah kejayaan masing-masing.

Dengan menghadiri aktiviti seperti ini, anda akan terdedah dengan kisah-kisah positif yang boleh meningkatkan keyakinan anda sendiri kepada produk dan syarikat.

Malah ada cerita orang lain yang memberikan inspirasi dan motivasi sehingga anda lebih berkeyakinan.

3. Komunikasi diri

Komunikasi diri ini bermaksud berkata-kata dengan diri sendiri.  Teknik ini juga dikenali sebagai NLP iaitu satu teknik berkomunikasi dengan diri sendiri untuk memberikan keyakinan dan mengubah tingkah laku diri.

Antara cara yang boleh dilakukan adalah selepas mandi pagi dan bersiap-siap di hadapan cermin, anda boleh berkata-kata dengan diri sendiri sama ada secara jelas atau berbisik secara dalaman dengan melafaskan kata-kata seperti

“engkau boleh”

“aku boleh lakukannya”

dan macam-macam lagi.

4. Mendalami ilmu tentang industri

Mendalami bidang yang kita ceburi sangat bagus dan memberikan impak besar kepada kita sendiri.  Ilmu ini bagus untuk kita berhadapan dan juga menjawab pelbagai soalan yang mungkin ditimbulkan oleh prospek atau ahli dalam kumpulan kita.

Kita boleh dapatkan ilmu ini melalui pembacaan buku, video atau audio dan juga melalui blog seperti yang anda baca sekarang.

Dengan menguasai ilmu ini anda akan lebih yakin dan bersedia untuk berhadapan dengan prospek anda setiap hari.

5. Kebalkan diri dengan negativiti

Setiap hari setiap masa semestinya ada orang yang negatif terhadap bidang network marketing. Kalau ingin berjaya kita perlu mendengar orang yang telah berjaya dan bukannya mereka yang gagal atau negatif terhadap industri ini.

Mendengar kata-kata daripada mereka yang negatif ini boleh membuatkan kita berasa down kalau kita membenarkannya.

Sebab itu sangat penting bagi kita untuk “mengebalkan diri” atau melindungi diri daripada mereka yang negatif ini.

Semoga tips ini membantu anda dan rangkaian anda lebih yakin.

Klik “share button” di bawah ini dan kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan kongsi anda supaya mereka mendapat manfaatnya.