Bagaimana cara handle prospek yang nak “fikir dulu”

Biasa tak dapat prospek yang cakap “fikir dulu”? Biasakan?

Ok kalau prospek cakap begitu bagaimanakah cara kita handle?

Dalam post ini saya share cara yang kita boleh gunakan untuk menghadapi situasi seperti ini.

Apabila prospek cakap “nak fikir dulu” inilah yang anda boleh lakukan.

Beritahu dia,

“Ok, saya faham encik nak fikir dulu sebab nak buat keputusan penting. Untuk pengetahuan encik kami sangat menghargai masa dan menggunakan masa kami sebaik mungkin untuk membantu mereka yang benar-benar berminat. Kami tak mahu buang masa encik dan encik pun tak mahu buang masa kami juga kan. Jadi boleh tak saya tahu apa yang encik benar-benar nak fikirkan supaya kami boleh bantu”.

Biasanya kalau ada persoalan yang belum terjawab atau pun prospek belum cukup info dia akan beritahu apa yang dia ingin tahu lebih lanjut. Masa ini kita boleh menjelaskan apakah info yang dia ingin tahu lagi.

Kalau prospek tadi belum juga dapat memberikan keputusan kita boleh beritahu begini kepadanya.

“Ok encik, saya pun tak nak ganggu encik untuk tanya banyak kali bila encik nak buat keputusan. Supaya saya mudah dan encik pun mudah juga boleh kita setkan masa sesuai untuk saya follow up semula encik”.

Matlamat kita di sini adalah supaya “hubungan” tak terputus begitu sahaja. Kita perlu setkan appointment seterusnya supaya perjumpaan kita atau usaha kita tidak menjadi sia-sia. Semoga tips ini membantu.

Klik butang share di bawa supaya lebih ramai lagi rakan networker kita tahu.

5 Tips tingkatkan keyakinan anda

Pernah tak anda atau downline anda rasa kurang keyakinan untuk memperkenalkan bisnes atau produk anda kepada orang lain?

Berikut adalah 5 tips yang anda boleh buat untuk tingkatkan keyakinan dan boleh membantu anda dan rangkaian anda meningkatkan lagi jualan dan penajaan.

1. Buat testimoni sendiri

Testimoni sendiri amat membantu anda menjadi lebih yakin. Anda boleh sediakan gambar atau apa-apa dokumen yang menunjukkan anda lebih baik selepas menggunakan produk yang anda promosikan.

Apabila anda sendiri menjadi testimoni anda akan bercerita dengan lebih yakin lagi.

Orang yang mendengar pun akan lebih percaya kerana diri anda sendiri yang diceritakan.

2. Hadirkan diri ke acara syarikat

Syarikat atau group sering mengadakan perjumpaan. Ini sangat bagus kerana acara begini dihadiri oleh mereka yang positif dan mempunyai kisah kejayaan masing-masing.

Dengan menghadiri aktiviti seperti ini, anda akan terdedah dengan kisah-kisah positif yang boleh meningkatkan keyakinan anda sendiri kepada produk dan syarikat.

Malah ada cerita orang lain yang memberikan inspirasi dan motivasi sehingga anda lebih berkeyakinan.

3. Komunikasi diri

Komunikasi diri ini bermaksud berkata-kata dengan diri sendiri.  Teknik ini juga dikenali sebagai NLP iaitu satu teknik berkomunikasi dengan diri sendiri untuk memberikan keyakinan dan mengubah tingkah laku diri.

Antara cara yang boleh dilakukan adalah selepas mandi pagi dan bersiap-siap di hadapan cermin, anda boleh berkata-kata dengan diri sendiri sama ada secara jelas atau berbisik secara dalaman dengan melafaskan kata-kata seperti

“engkau boleh”

“aku boleh lakukannya”

dan macam-macam lagi.

4. Mendalami ilmu tentang industri

Mendalami bidang yang kita ceburi sangat bagus dan memberikan impak besar kepada kita sendiri.  Ilmu ini bagus untuk kita berhadapan dan juga menjawab pelbagai soalan yang mungkin ditimbulkan oleh prospek atau ahli dalam kumpulan kita.

Kita boleh dapatkan ilmu ini melalui pembacaan buku, video atau audio dan juga melalui blog seperti yang anda baca sekarang.

Dengan menguasai ilmu ini anda akan lebih yakin dan bersedia untuk berhadapan dengan prospek anda setiap hari.

5. Kebalkan diri dengan negativiti

Setiap hari setiap masa semestinya ada orang yang negatif terhadap bidang network marketing. Kalau ingin berjaya kita perlu mendengar orang yang telah berjaya dan bukannya mereka yang gagal atau negatif terhadap industri ini.

Mendengar kata-kata daripada mereka yang negatif ini boleh membuatkan kita berasa down kalau kita membenarkannya.

Sebab itu sangat penting bagi kita untuk “mengebalkan diri” atau melindungi diri daripada mereka yang negatif ini.

Semoga tips ini membantu anda dan rangkaian anda lebih yakin.

Klik “share button” di bawah ini dan kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan kongsi anda supaya mereka mendapat manfaatnya.

Bagaimana anda boleh buat prospek tak sabar nak join anda

Hari ini banyak syarikat Network Marketing menawarkan peluang. Di Malaysia sahaja sebanyak 1400 buah syarikat jualan langsung (ikut tahun 2016) dan seramai 4 juta orang rakyat Malaysia yang terlibat.

Jadi bagaimana cara kita boleh menonjol dan closed prospek kita supaya join dengan kita tanpa fikir terlalu panjang.

Apa yang perlu adalah kita perlu mempunyai Unique Selling Preposition (USP), iaitu sesuatu yang lain daripada orang lain, atau kita berikan sesuatu yang bernilai yang tidak diberikan oleh pesaing kita.

Contohnya, kita boleh berikan e-book panduan yang berguna.

Katakan anda menjual produk yang berkaitan dengan slimming, anda boleh sediakan ebook panduan slimming diet Atkins misalnya yang mempunyai nilai tinggi.

Untuk buat ebook ini tidaklah susah, anda boleh dapatkan idea menulis daripada google dan mengolah mengikut ayat  anda sendiri. Dan untuk menghasilkan ebook yang cantik, anda hanya perlu upah designer daripada Fiverr.com.

Supaya ebook ini nampak lebih berharga anda boleh cetak dan liminate dalam bentuk fizikal.  Anda boleh menunjukkan ebook atau panduan ini kepada prospek anda sebagai pemberian kalau dia join anda pada waktu tersebut.

Untuk menimbulkan rasa “urgency” anda boleh hadkan tempoh untuk dapatkan ebook percuma tersebut.

Semoga tips ini membantu. Share kepada rakan bisnes anda yang lain supaya mereka ada idea dan boleh mengembangkan bisnes mereka dengan lebih baik lagi.