Bagaimana cara handle prospek yang nak “fikir dulu”

Biasa tak dapat prospek yang cakap “fikir dulu”? Biasakan?

Ok kalau prospek cakap begitu bagaimanakah cara kita handle?

Dalam post ini saya share cara yang kita boleh gunakan untuk menghadapi situasi seperti ini.

Apabila prospek cakap “nak fikir dulu” inilah yang anda boleh lakukan.

Beritahu dia,

“Ok, saya faham encik nak fikir dulu sebab nak buat keputusan penting. Untuk pengetahuan encik kami sangat menghargai masa dan menggunakan masa kami sebaik mungkin untuk membantu mereka yang benar-benar berminat. Kami tak mahu buang masa encik dan encik pun tak mahu buang masa kami juga kan. Jadi boleh tak saya tahu apa yang encik benar-benar nak fikirkan supaya kami boleh bantu”.

Biasanya kalau ada persoalan yang belum terjawab atau pun prospek belum cukup info dia akan beritahu apa yang dia ingin tahu lebih lanjut. Masa ini kita boleh menjelaskan apakah info yang dia ingin tahu lagi.

Kalau prospek tadi belum juga dapat memberikan keputusan kita boleh beritahu begini kepadanya.

“Ok encik, saya pun tak nak ganggu encik untuk tanya banyak kali bila encik nak buat keputusan. Supaya saya mudah dan encik pun mudah juga boleh kita setkan masa sesuai untuk saya follow up semula encik”.

Matlamat kita di sini adalah supaya “hubungan” tak terputus begitu sahaja. Kita perlu setkan appointment seterusnya supaya perjumpaan kita atau usaha kita tidak menjadi sia-sia. Semoga tips ini membantu.

Klik butang share di bawa supaya lebih ramai lagi rakan networker kita tahu.

Apa nak buat kalau downline tak mahu berikan nama prospek

 

Pernahkah anda minta nama prospek daripada downline anda tapi mereka tidak dapat melakukannya?

Hal ini adakalanya menyakitkan kepada kerana kita nak tolong mereka tapi mereka pula tak dapat berikan kerjasama sepatutnya kepada kita.

Ingat! mereka join kita sebab mereka nak buat bisnes ini. Cuma kadang-kadang disebabkan masih ada perkara yang mereka kurang faham menyebabkan mereka berasa susah nak bagi nama atau bawa prospek kepada kita. Antara perkara biasa yang mereka fikirkan adalah :

  • tak ada orang yang minat
  • mereka takut penolakan
  • mereka rasa malu untuk menjual

Jadi, apakah cara terbaik untuk “memujuk mereka” memberikan nama prospek kepada anda?

Ini 3 tips boleh dijadikan panduan bersama.

1. Berikan mereka masa

Kadang-kadang downline kita hanya berminat untuk menggunakan produk sahaja pada awalnya. Mereka tidak mahu lagi menjalankan bisnes atas sebab-sebab tertentu.

Jangan desak mereka. Berikan mereka masa. Yang penting kita bina hubungan supaya lebih rapat dengan mereka kerena sesetengah downline yang baru kenal dengan kita berasa kita hanya nak dapat untung semata-mata. Dengan hubungan baik sampai satu masa mereka akan faham dan bersetuju untuk berbisnes bersama-sama kita.

Malah mereka ini boleh menjadi rakan bisnes anda yang paling hebat.

2. Jelaskan tujuan dengan baik

Sesetengah downline kita tak nak bagi nama atau prospek sebab mereka rasa tidak mahu mengambil kesempatan ke atas kawan atau saudara-mara mereka.

Oleh sebab itu kita kena jelaskan apakah kebaikan produk atau bisnes yang boleh membantu rakan atau kawan mereka dan bukannya mereka sahaja.

Kita kena berikan faedah yang betul dan benar-benar berguna kepada kawan dan saudara mereka barulah mereka rasa tidak ragu-ragu untuk memperkenalkan kepada rakan atau saudara-mara mereka.

3. Tunjukkan nilai

Nilai bukanlah duit atau bonus sahaja. Nilai adalah sesuatu yang boleh menjadikan keadaan lebih baik. Kita kena beritahu downline kita bagaimana produk atau bisnes boleh memberikan penjimatan atau menyelamatkan mereka daripada perkara buruk pada masa depan.

Apabila mereka dapat merasa produk atau bisnes kita betul-betul bernilai barulah mereka sudi berkongsi atau bercerita tentang peluang bisnes ini kepada sanak-saudara atau kawan mereka.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Berikan feedback di ruang komen. Klik butang share supaya kebaikan ini dapat disebarkan kepada rakan network yang lain.