Jenis-jenis ayat menjual

21397517_1580537802008604_1609620137_n

Dalam bisnes online ni ayat memang sangat penting. Dengan ayat inilah kita menjual. Baik ayat yang kita tulis mahupun ayat yang kita sebut.

Tahukah anda berapa jenis ayat menjual yang ada?

Secara kasarnya ayat menjual ada 2 jenis iaitu yang direct dan indirect.

Ayat menjual direct pula terdiri daripada :

  • iklan
  • surat jualan

Manakala ayat menjual indirect terdiri daripada  :

  • Artikel
  • Cerita

Iklan

Iklan adalah ayat jualan yang pendek. Dalam ayat ini cuba diberitahu apa yang kita nak offer dan apakah tindakan yang kita nak pelanggan atau prospek kita buat. Contoh ayat iklan,

Ubat gigi ini boleh hilangkan plak. Klik untuk info

Surat jualan

Ini adalah ayat jualan direct yang berformat panjang. Biasanya surat jualan dimulakan dengan headline, mempunyai pengenalan yang menceritakan masalah yang dihadapi pelanggan. Diikuti isi yang menerangkan apakah penyelesaian, kredebiliti produk atau penjual, kelebihan, dan testimoni dan diakhiri dengan call to action, iaitu arahan menjual.

Surat jualan biasanya digunakan di minisite seperti ini contoh. Ramai juga yang menggunakan surat jualan terus ditulis pada page dan diiklankan.

Artikel

Artikel juga disebut content. Biasanya artikel ini adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang ingin diketahui oleh pelanggan atau masalah-masalah yang berkaitan dengan pelanggan. Sebagai contoh

  • 3 cara hilangkan jerawat secara semulajadi
  • Kenapa tak kurus walaupun sudah bersenam
  • 3 punca utama tak dapat jualan

Orang suka mencari jawapan atau penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi. Sebab itu ayat jualan jenis artikel ini amat digemari. Biasanya ayat jualan jenis artikel akan dikaitkan dengan produk pada bahagian akhir artikel tersebut.

Namun begitu, tak semestinya setiap artikel diakhiri dengan produk atau offer. Ia sangat bergantung kepada apa tujuan atau strategi yang kita gunakan.

Cerita

Ini adalah format ayat jualan yang menjadi kegemaran dari dulu hingga sekarang. Biasanya cerita ini adalah berdasarkan kisah sebenar pengguna produk. Tujuannya untuk meningkatkan tahap kepercayaan orang terhadap produk.

Orang memang suka baca cerita. Sebab itu ayat jualan jenis ini sangat diminati oleh pengguna. Malahan kalau cerita itu menarik ramai yang viralkan cerita tersebut dan ini menjadi promosi percuma kepada penjual.

Seperti artikel juga, biasanya ayat jualan jenis ini akan menyelitkan offer atau produk mereka di hujung cerita tersebut.

Semoga perkongsian ini memberikan pencerahan kepada anda yang tertanya-tanya tentang jenis-jenis ayat jualan.

Ringankan tangan untuk share supaya kebaikan dapat disebarkan.

Kalau ada pendapat bernas boleh share di ruang komen.

 

4 thoughts on “Jenis-jenis ayat menjual

  1. Terima kasih dengan perkongsian ilmu yg bermanafaat ini cikgu awesome…
    Sangat sangat bermanafaat bagi semua golongan yg berjinak2 dalam bidang perniagaan…
    Lebih lebih saya yg masih baru ini….

    Ilmu yg saya rasa tidak boleh dinilai dgn ringgit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *