Teknik mencerna idea untuk mempromosi produk

21360976_1580551778673873_2123205248_n

Ini adalah masalah utama kebanyakan online seller termasuk saya sendiri suatu masa dulu.

Sampai satu tahap dah tahu nak cerita apa lagi pasal produk yang dipromo. Last last copy paste balik cerita sama. Paling tidak pun main jigsaw puzzle ayat-ayat lama.

Arghhhh bosan kan?

Ok, dalam post ini saya nak share bagaimana cara kita mencerna idea kreatif untuk posting-posting berkenaan produk kita.  Caranya adalah dengan membuat andaian soalan-soalan yang ditanya oleh pelanggan terhadap produk kita. Kita juga boleh tanya secara terus kepada pelanggan untuk dapatkan idea daripada mereka.

Sebagai contoh, katakan kita sedang mempromosi minuman kalogen. Jadi ini adalah beberapa persoalan yang dijangka ditanya okeh pelanggan.

-apa beza dengan yang lain
-kalau masih muda boleh makan ke
-halal ke
-berkesan ke
-ada kelulusan kkm tak
-apa rasanya
-siapa juga boleh makan
-ada kesan sampingan ke

Dan ada banyak lagi persoalan. Daripada soalan-soalan ini kita buat artikel atau info berkaitan.

Contonya daripada soalan “Apa beza dengan yang lain” :

Kita boleh tuliskan artikel

“Cara memilih kalogen yang terbaik”

Atau

“Jenis-jenis minuman kalogen yang anda harus tahu”

Atau

“Adakah semua kalogen sama”

Dan macam-macam lagi.

Anda bayangkan daripada sayu soalan itu tadi anda sudah boleh menulis beberapa artikel, maka berapa agaknya artikel yang anda boleh tulis daripada soalan yang ditulis di atas tadi.

Semoga perkongsian ini membantu anda mendapat idea untuk menulis tentang produk anda.

Jangan lupa klik share supaya kebaikan dapat disebarkan.

Ada idea bernas, anda boleh kongsikan di ruang komen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *