Teknik pilih produk yang laku di pasaran online

21556281_1583712615024456_1480783490_o

Ramai sangat yang menghadapi masalah pilih produk untuk dijual di pasaran online.

Ada yang dah beli stok.

Ada yang dah jadi stokis.

Ada yang telah melabur puluhan ribu ringgit untuk buat produk sendiri.

TAPI akhirnya berdebu sorok bawah katil sahaja…

Ada juga yang meletop-letop dengan satu produk, tapi lama-lama permintaan pun kurang. Lepas tu cuba tukar produk sambutan takde pula. Tak laku macam produk dulu.

Sebenarnya kita boleh elakkan masalah ini kalau kita bermula dengan betul dari awal.

Satu teknik atau strategi yang ramai tak tahu terutamanya orang yang baru bermula adalah strategi menentukan produk. Yang sebenar-benarnya kita bukanlah pilih produk terlebih dahulu sebaliknya pilih pelanggan kita terlebih dahulu.

Contohnya,

Katakan kita nak pilih pelanggan yang terdiri daripada suri rumah yang suka masakan dan nak belajar pasal masakan.

Jadi apa yang kita boleh jual kepada mereka?

Antaranya adalah :

-buku resepi

-pinggan mangkuk

-periuk dan alat dapur

-bahan-bahan masakan

-kelas masakan

dan macam-macam lagi

Maknanya di sini, kalau kita pilih pelanggan kita dulu, akan jadi lebih mudah untuk kita memilih produk apa yang hendak dijual. Tapi apabila kita pilih produk dulu, ada kemungkinan sampai satu peringkat kita nak ubah produk lain menjadi masalah.

Kita juga tak terikat dengan satu produk sahaja, malah kita boleh bermacam-macam produk yang sesuai untuk market yang kita target tadi.

Paling best juga kalau kita gunakan strategi ini kita boleh buat survey dulu permintaan sesuatu permintaan produk sebelum kita order atau buat sesuatu produk untuk dijual.

Strategi ini bukan sahaja memudahkan kita memilih produk yang sesuai tetapi juga akan memudahkan kita membuat branding dan menentukan apa yang kita nak share di internet.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat bersama.

Boleh klik butang share supaya lebih ramai lagi yang tahu tentang strategi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *