Tentang saya

 

IMG-20140928-WA0161

Hai!

Nama saya Ali Hanafiah bin Daud.  Saya merupakan seorang usahawan online, suami dan juga ayah kepada 3 orang puteri yang comel.

Dalam bisnes online ini saya fokus kepada penjualan produk-produk fizikal seperti aksesori, pakaian, gadjet, produk kesihatan dan kecantikan. Anda boleh lawati kedai online saya di sini.

Saya juga merupakan ahli kepada Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM). Selain mengikuti program-program anjuran PUIM saya juga sering dijemput oleh persatuan untuk berkongsi pengalaman kepada usahawan-usahawan online melalui program yang dianjurkan.

Saya menulis blog ini untuk berkongsi pengalaman saya dalam bidang bisnes online yang telah saya ceburi sejak 2010 lagi.

Tips dan panduan bisnes online yang saya tulis di blog ini amat sesuai bagi mereka yang baru dan perlukan ilmu-ilmu asas dalam bisnes online.

Saya juga berkongsi motivasi keusahawanan berdasarkan pengalaman sebenar.

Sebagai seorang usahawan, sudah semestinya saya telah melalui naik turun, gembira dan duka dalam perniagaan.

Dalam saat-saat tertentu saya rasa saya perlukan cerita pengalaman sebenar orang lain untuk dijadikan pedoman. Malah dengan mendengar pengalaman orang lain saya rasa lebih mudah untuk mengembalikan semangat yang hilang.

Kalau saya boleh dapat manfaat daripada perkongsian pengalaman orang lain, sudah pasti orang lain pun akan dapat manfaat daripada pengalaman kita.  Atas sebab itulah saya mula menulis blog ini.

Semoga blog ini dapat memberikan inspirasi, idea dan juga kebaikan-kebaikan tertentu kepada pembaca semua.

Seandainya anda berminat untuk mengikuti program keusahawanan yang saya jalankan ataupun ingin menghubungi saya anda boleh hubungi saya di sini.