2 perkara penting untuk hasilkan jualan online yang auto

Impian setiap online marketer adalah jualan boleh berlaku secara automatik.

Tak perlu bersusah payah nak whatsapp dan bersoal-jawab dengan pelanggan. Bila-bila masa sahaja berlaku jualan 24 jam tanpa perlu layan setiap pelanggan yang berminat.

Apakah yang kita perlukan untuk jadikan bisnes online kita ni automatik?

Web jualan

Web jualan adalah jurual online kita. Atas web jualan ini sudah mengandungi info-info tentang produk yang diperlukan oleh pembeli.

Bukan sekadar info, web jualan ini juga berfungsi untuk ‘memujuk’ pelanggan supaya berminat dan membuat keputusan segera untuk membeli.

Info-info dan ayat atas web jualan ini dinamakan sebagai surat jualan.

Selain itu, web jualan juga perlu ada ‘payment gateway’ untuk memudahkan pelanggan melakukan pembayaran atau transaksi online.

Dengan payment gateway ini anda tak perlu dah nak berikan nombor akaun dan sebagainya kerana pelanggan boleh melakukan terus transaksi atau bayaran secara online terus.

Kempen pemasaran

Web jualan semata-mata belum cukup untuk menghasilkan jualan secara auto.

Kita perlu lancarkan kempen untuk menggalakkan pelanggan datang ke web jualan dan melakukan belian.

Kadang-kadang dah ada web jualan dan buat iklan pun belum dapat hasilkan jualan.

Kempen ini merupakan siri iklan yang berterusan, berstrategi dan tersusun untuk menarik prospek, membuatkan mereka kenal, suka dan percaya dengan kita dan produk kita.

Pabila dah percaya barulah mereka melakukan belian.

Dalam video ini saya kongsikan apa yang kita boleh buat pabila dah ada web jualan tapi masih belum dapat jualan.

Secara asasnya inilah 2 perkara yang sangat penting kena ada untuk hasilkan jualan online yang auto.

Cuma kita sebagai marketer kena sentiasa menilai tindak balas pelanggan terhadap kempen dan web jualan kita dari semasa ke semasa.

Penilaian ini perlu untuk kita lakukan penambah baikan pada web jualan dan juga kempen yang dijalankan supaya menjadi lebih berkesan.

Leave a Comment