Cara menarik lebih ramai pelanggan

Pelanggan adalah nadi bisnes. Tanpa pelanggan bisnes pun tak jalan.

Tapi ramai peniaga yang mengalami masalah untuk tarik lebih ramai pelanggan ke bisnesnya.

Ya promosi memang dah wajib kalau nak bagi pelanggan kenal produk kita.

Tapi ramai juga pelanggan yang dah lali dengan iklan produk.

Ada klik tapi tak komen.

Ada komen tapi tak beli.

Ada klik tapi tak masuk whatsapp.

Kenapa ini berlaku?

Puncanya simple, pelanggan belum yakin atau belum lagi suka dengan apa yang kita tawarkan.

Itulah cabaran sebenar kita hari ini.

Nak bagi pelanggan beli kita kena buat mereka suka dengan kita atau produk kita dulu.

Macam mana nak buat?

Bagi value dulu.

Dah selalu dengar kan? Tapi berapa kerat je yang buat.

Selalunya akan buat benda biasa, iaitu promo produk sampai lebam. Lepas tu takde orang beli juga.

Value ni maksudnya content yang mempunyai perkara yang orang suka.

Selalunya informasi berguna dan content yang menghiburkan.

Informasi berguna sahaja pun tak berkesan. Informasi itu haruslah selaras dengan apa yang pelanggan nak.

Kita kena kenal betul-betul apa pelanggan kita nak barulah senang menyediakan content yang betul dan mendapat sambutan.

Apabila kita selalu menyediakan value atau content berguna ini, pelanggan akan lebih suka dan kenal dengan kita.

Malah content kita pun akan mereka share kepada orang lain menyebabkan brand kita dikenali semakin meluas.

Dari sinilah kita akan dapat lebih ramai pelanggan.

Dan dengan content yang ada value ini jugalah pelanggan akan mula suka dan percaya dengan kita.

Akhirnya proses menjual akan berlaku dengan mudah.

Hasilkan lebih banyak content.

Kenal pasti betul-betul apa yang pelanggan nak.

Itulah rahsia nak tarik lebih ramai pelanggan.

Nota : Ilmu menulis content ini adalah satu daripada ilmu API (Asas Pemasaran Internet) yang penting. Kena kuasai dengan baik untuk mantapkan pemasaran kita.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Nak belajar ilmu API (Asas Pemasaran Internet) secara PERCUMA? 

Masukkan nama dan email dalam borang berikut dan klik “daftar”. 

Anda akan dapat info dan update ilmu API terus ke email anda dari semasa ke semasa secara PERCUMA.

Leave a Comment