Macam mana nak dapatkan kos iklan facebook yang murah?

Ramai yang pening pabila kos iklan facebook semakin mahal. Hakikat kos pengiklanan di facebook sebenarnya masih murah.

Cuma ada perkara yang anda mungkin tak tahu menyebabkan iklan anda menjadi mahal.

Tak ada rahsia besar sebenarnya. Di sini saya kongsikan beberapa teknik yang kita boleh buat (dan saya pun buat juga) untuk dapatkan kos iklan yang murah.

1. Kenal pelanggan

Ni nasihat klise tapi penting gila. Dari dulu sampai sekarang, inilah benda pertama kena buat sebelum beriklan.

Apa masalah pelanggan dan apa yang mereka nak. Apa pain yang mereka hadapi dan apakah kerisauan serta struggle yang mereka alami.

Poin-poin inilah yang kita boleh letak dalam iklan menyebabkan mereka mudah tertarik. Pabila iklan berkesan insyallah kos jadi lebih murah.

2. Guna database yang dah ada

Kalau dah ada pelanggan beli dengan kita, ini merupakan data yang sangat berharga.

Sekurang-kurangnya ada 30 database pun ok. Nak lagi bagus ada lebih 100 database.

Bina “lookalike” audien berasaskan database ini.

Ia akan menyebabkan enjin iklan facebook mencari orang yang serupa dengan profile pelanggan kita.

Ia boleh bantu iklan kita jadi murah.

3. Tonjolkan isu penting

Ini ada kaitan dengan poin pertama tadi. Apakah isu yang sangat penting bagi golongan sasar kita.

Jadikan isu ini sebagai content untuk kita jelaskan dalam video atau artikel yang kita iklankan.

Insyallah akan bantu iklan jadi murah.

4. Jangan terus jual

Antara sebab orang tak minat dengan iklan kita adalah iklan kita nampak terus menjual.

Sebaliknya bagi value dulu.

Value ni maksudnya perkara yang orang rasa berguna dan sangat mereka perlukan.

Ini pun ada kaitan dengan poin pertama tadi.

Insyallah dengan lakukan 4 perkara ini anda boleh dapat kos iklan yang murah.

Leave a Comment