Macam mana nak sentuh emosi pembaca dalam copywriting?

Copywriting yang berkesan adalah copywriting yang boleh membuat pembacanya menjiwai apa yang ditulis.

Ini boleh dicapai dengan memasukkan unsur emosi ke dalam copywriting yang kita buat.

Dari segi jualan, pabila pembaca boleh rasa “ini macam aku je”, ia boleh menjadi satu sebab yang kuat untuk mereka membuat keputusan membeli dengan kita.

Jadi bagaimanakah caranya untuk memasukkan unsur emosi dalam copywriiting kita?

1. Bercerita

Cerita mempunyai tarikan emosi yang kuat.

Lihat sahaja kenapa ramai penonton cerita Nur atau apa sahaja cerita yang meletop di tv? Semuanya sebab cerita tersebut berjaya menyentuh emosi penonton.

Sama juga, kenapa orang beli novel? Sebab cerita amat mempersona sampai novel yang tebal pun orang sanggup habiskan baca.

Dalam copywriting, kita boleh guna cerita kita sendiri, atau cerita pelanggan atau juga cerita orang ketiga.

Malah buat-buat cerita pun boleh asalkan masih dalam keadaan beretika seperti cerita “kancil dan buaya” (ini contoh sahaja).

2. Gambarkan suasana

Untuk memberikan impak emosi yang kuat kita cuba gambarkan suasana dengan lebih detail.

Contoh, kita boleh tulis, “pintu itu ditutup dengan kuat”.

Tapi kalau nak kesan emosi yang lebih kuat maka kita perlu detailkan lagi suasana. Contohnya seperti berikut,

“Rasa nak terjatuh jantungku, pabila pintu dihempas ayah dengan sekuat hatinya. Terasa ruang rumah bergegar pabila daun pintu yang tebal itu ditolak sekuatnya. Kami semua diam. Memandang antara satu sama lain. Tak berani langsung bersuara. Amarah ayah begitu jelas dengan nafasnya yang berdengus kuat, sambil mata putihnya bertukar merah…”

Dapat tak rasai perbezaan 2 cerita di atas?

3. Kenali masalah pembaca

Untuk menjadikan tulisan kita dekat di hati pembaca, kita perlu mengenali pembaca kita dengan lebih dekat.

Apa masalah yang mereka hadapi dan ingin selesaikan sangat.

Apakah kesukaran yang mereka hadapi untuk menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi.

Apakah pengalaman pahit atau “pain” yang mereka alami disebabkan masalah yang timbul.

Kita boleh kenal pembaca kita lebih mendalam dengan cara interview mereka. Ini adalah cara yang saya sendiri selalu lakukan.

4. Adakan watak jahat

Ya, orang mudah beremosi pabila adanya penjahat.

Kehadiran penjahat ini akan menyebabkan pembaca lebih bersimpati kepada watak utama dalam cerita.

Watak jahat ni tak semestinya orang.

Masalah yang mereka hadapi pun boleh jadi watak jahat seperti “jerawat”, “masalah kewangan” dan macam-macam lagi.

Gunakan 4 unsur ini dalam copywriting anda. Tak semestinya gunakan keempat-empatnya sekali.

Boleh gunakan beberapa untuk wujudkan kesan emosi dalam copywriting anda.

Semoga copywriting anda lebih beremosi selepas ini.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Nak belajar ilmu API (Asas Pemasaran Internet) secara PERCUMA? 

Masukkan nama dan email dalam borang berikut dan klik “daftar”. 

Anda akan dapat info dan update ilmu API terus ke email anda dari semasa ke semasa secara PERCUMA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *