Macam mana nak dapatkan idea untuk copywriting?

Blank, takde idea, tak tahu macam mana nak mula. Tulis padam, tulis padam, dah tulis tiba-tiba stuck tak tahu nak teruskan macam mana. 

Pernah tak hadapi situasi macam ni pabila cuba menulis ayat iklan atau buat copywriting? 

Dulu, ini jugalah masalah saya sebenarnya sebelum tahu cara yang betul untuk buat copywriting. Tulis padam, tulis padam, last-last tak tulis sebab tak tahu nak tulis apa. 

Ramai yang beranggapan orang yang pandai copywriting ni banyak idea datang mencurah-curah begitu sahaja, macam terima wahyu. Duduk macam tu je meneran idea akhirnya jadi ayat iklan, hehe.

Sebenarnya nak hasilkan ayat iklan ni ada prosesnya. Kalau kita tahu prosesnya senanglah kita nak buat.

Ada 3 langkah utama dalam buat copywriting iaitu :

  1. Sebelum
  2. Semasa
  3. Selepas

 

Sebelum

Sebelum menulis kita kena ada dulu bahan-bahan untuk ditulis. Yang selalu buat kita stuck dan takde idea tu sebab kita takde bahan-bahan untuk “memasak” ayat iklan kita. 

Dari mana kita nak dapatkan bahan-bahan ni? Bahan-bahan ni sebenarnya kita dapat daripada 2 sumber utama, iaitu daripada pelanggan dan daripada produk itu sendiri. 

Kajian Pelanggan 

Kita kena kaji pelanggan kita secara mendalam. Antara yang paling penting ialah : 

-apa masalah yang mereka nak selesaikan 

-apakah pengalaman buruk yang mereka alami 

-apakah yang mereka nak 

-apakah yang mereka nak tahu 

-penyelesaian macam mana mereka suka 

-penyelesaian macam mana mereka benci 

Kalau kita buat semua kajian ni, insyallah banyak perkara kita boleh tulis. 

Contoh terbaik saya boleh bagi ialah pengalaman saya baru-baru ini “coaching” isteri saya. Dia nak mulakan biz jual propnya. Jadi saya ajak dia bincang tentang pelanggannya. 

Siapa pelanggannya : orang yang nak buat video dan photo sendiri tentang resepi yang mereka nak buat. 

Apa masalah mereka : tak tahu cara / teknik nak buat video. 

Apa cara buat video yang mereka perlu tahu : teknik lighting, teknik shooting, teknik setting prop, teknik editing. 

Ada berapa teknik lighting yang ada : mood siang, mood, pagi, mood malam. 

Ada banyak lagi yang kami bincang, tapi cukuplah ini untuk saya jadikan contoh. Kalau anda lihat, daripada 1 masalah tadi berapa banyak dah pecahan topik kita boleh buat. 

Sebenarnya topik tu boleh dipecahkan lagi lebih detial. Dan setiap satunya boleh jadi topik atau isi untuk kita buat copywriting. 

Kajian produk 

Saya berikan contoh kajian produk anak saya yang nak mulakan bisnes skincarenya. 

Apakah skincarenya : selamat untuk semua kulit berasaskan bahan X. 

Kenapa bahan x : dia senaraikan lebih 10 kelebihan bahan x tu. Setiap kelebihan tu pula ada penerangannya masing-masing. 

Pendek cerita, sebanyak 32 muka surat kajian pasal produk tu yang anak saya dah buat. Macam nak buat assignment pula. 

Jadi pabila kita buat kajian begini, kita akan dapat banyak bahan dan idea untuk menulis. Pasti tak kekeringan idea dah lepas tu.

 

Semasa

Apabila dah ada bahan-bahan tu semua barulah kita mulakan proses penulisan. 

Dalam proses ini kita boleh tentukan format iklan bagaimana yang kita nak tulis. Adakah content, cerita, iklan secara direct atau pun surat jualan. 

Tujuan ayat iklan ni pula kita buat sama ada untuk dapatkan lead, untuk convert lead jadi prospek dan seterusnya jadi pelanggan kita. 

Setiap peringkat ini menggunakan style penulisan yang berbeza. Teknik dan stlye penulisan ini ditentukan oleh peringkat funnel dan medium yang digunakan untuk menulis ayat iklan tersebut.

 

Selepas

Last sekali, pabila ayat iklan dah siap ditulis, kita akan lakukan editing dan finishing pula.

 

Kesimpulan

Kalau nak sentiasa ada idea menulis, pastikan proses pertama tadi, iaitu kajian pelanggan dan produk dilakukan terlebih dahulu.

Ia bukan setakat penting untuk dapatkan idea, tetapi juga untuk pastikan ayat iklan yang kita buat tu berkesan.

Kita juga sentiasa perhatikan ayat iklan orang lain untuk belajar teknik mereka. Dari sini pun kita boleh dapatkan macam-macam idea.

Nota tambahan : tahu buat copywriting sahaja tak cukup, kita kena menguasai 7 ilmu API (Asas Pemasaran Internet) barulah senang nak buat pemasaran internet yang lebih sistematik.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Nak belajar ilmu API (Asas Pemasaran Internet) secara PERCUMA? 

Masukkan nama dan email dalam borang berikut dan klik “daftar”. 

Anda akan dapat info dan update ilmu API terus ke email anda dari semasa ke semasa secara PERCUMA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *