Nak guna yang berbayar ke free

Saya yakin, ini antara dilema yang selalu bermain dalam kepala kebanyakan online seller.

Sejujurnya ramai yang akan pilih cara percuma sebab tak payah bayar apa-apa.

Tapi bagi yang faham tentang kelebihan teknik berbayar pula mereka akan fokus dan menggemari teknik berbayar.

Berbayar atau percuma, tidak jadi masalah. Kedua-duanya ada kelebihan, malah kalau anda tanya saya, saya akan gunakan kedua-duanya sekali.

Apa yang paling penting ialah kita tahu kenapa kita gunakan kaedah itu dan bagaimana cara betul menggunakannya.

Sebagai contoh, katakan kita guna facebook ad, ia boleh digunakan di peringkat top funnel (atau ringkasnya dipanggil TOFU) untuk mendapatkan lead masuk ke funnel kita.

Kita juga boleh gunakan facebook ad ini di peringkat MOFU (Middle of the funnel) dan BOFU (bottom of the funnel) untuk follow up prospek kita sampai mereka beli.

Dalam kaedah lain, kita mungkin gunakan facebook ad di peringkat TOFU sahaja, iaitu untuk bawa lead masuk funnel. Kemudian di peringkat MOFU dan BOFU pula kita hanya gunakan kaedah email (percuma) untuk follow up prospek kita.

Ataupun, kita gunakan kaedah free seperti personal facebook dan channel telegram untuk peringkat TOFU dan seterusnya guna kaedah berbayar di peringkat MOFU dan BOFU.

Dan juga kita boleh gunakan kedua-dua kaedah serentak, misalnya gunakan facebook ad di peringkat TOFU, MOFU dan BOFU dan pada masa yang sama gunakan email marketing dan chat robot, serta whatsapp dan sms sekali gus.

Nampak tak?

Tak kira sama ada cara tersebut berbayar atau free ia bukan masalah.

Yang paling penting kita tahu ilmu Asas Pemasaran Internet (API).

Kalau kita faham ilmu API ini dapatlah kita sendiri tentukan, nak gunakan kaedah berbayar atau pun percuma.

 

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Nak belajar ilmu API (Asas Pemasaran Internet) secara PERCUMA? 

Masukkan nama dan email dalam borang berikut dan klik “daftar”. 

Anda akan dapat info dan update ilmu API terus ke email anda dari semasa ke semasa secara PERCUMA.

Leave a Comment