Macam mana nak bagi orang kenal kita di media sosial?

Sebelum menjawab soalan di atas, kena faham dulu, “kenapa kita nak orang kenal kita di media sosial”?

Sebenarnya ada banyak sebab, tapi saya nak fokus kepada orang yang buat bisnes sahaja.

Pabila buat bisnes, kita nak bagi orang kenal kita supaya orang suka dan percaya dengna kita. Pabila mereka dah suka dan percaya barulah mereka mahu membeli dengan kita.

Inilah matlamat sebenar kita sebagai orang bisnes nak guna media sosial ni.

Kalau kita guna je media sosial tapi tak mendatangkan hasil, ia sangat tak sihat dan macam membuang masa (kecuali anda memang nak guna media sosial untuk suka-suka lah).

Baik, menjawab persoalan tadi, bagai mana nak bagi orang kenal dengan kita di media sosial?

Ada 2 cara

1. “Hasilkan content”

Ya, inilah cara atau kaedah yang paling baik bagi saya sebab orang kenal kita dengan content.

Boleh je kalau kita nak bagi orang kenal kalau kita suka buat lawak, suka buat cerita yang viral, kontroversi dan sebagai. Memang cara ni boleh digunakan (tapi risiko kena bawang pun ada juga terutama sekali kalau guna kaedah kontroversi).

Tak pa tu pilihan masing-masing.

Tapi kalau anda jenis orang yang nak aman (dan jenis pemalu macam saya) lebih sesuai gunakan content yang berguna.

Apa itu content?

Content berguna ialah content yang orang saya boleh dapat manfaat dan faedah daripada apa yang anda kongsikan.

Mungkin anda kongsikan cara selesaikan masalah, ilmu-ilmu berguna, panduan, tips dan sebagainya.

Content-content ini anda boleh kongsikan di wall anda sendiri atau juga share ke group-group yang berkaitan.

Cuma satu cabaran anda di sini adalah untuk menghasilkan content secara istiqamah.

Takde idea? Anda boleh baca ini untuk dapatkan idea “Macam mana nak dapatkan idea untuk copywriting”

 

2. Komen di status orang lain

Ini satu lagi cara anda nak bagi orang kenal anda di media sosial.

Bukan komen sebarang ya. Komenlah dengn komen yang memberikan faedah dan manfaat.

Contohnya anda nampak ada status orang lain yang sedang mencari penyelesaian masalah, anda boleh komen di situ dengan memberikan cara penyelesaian anda.

Anda juga boleh memberikan idea di ruang status orang yang melontarkan satu topik.

Anda boleh komen di wall orang tu sendiri (di ruang komennya) atau pun di dalam group-group berkaitan malah di page.

Yang penting anda jangan komen secara spam.

Dengan 2 cara ini kalau anda buat konsisten, anda akan dikenali oleh ramai orang.

Orang dah kenal selesai satu bab. Dah orang kenal nak buat apa pula?

Ya nak terangkan perkara ini dalam satu post memang tak cukup.

Saya dah sediakan ilmu API (Asas Pemasaran Internet) yang anda boleh pelajari secara percuma melalui email.

Anda boleh dapatkannya dengan mengisi borang di bawah.

Yang penting dah belajar kena buat, barulah menjadi.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Nak belajar ilmu API (Asas Pemasaran Internet) secara PERCUMA? 

Masukkan nama dan email dalam borang berikut dan klik “daftar”. 

Anda akan dapat info dan update ilmu API terus ke email anda dari semasa ke semasa secara PERCUMA.

Leave a Comment