Macam mana nak jaga follower kita ya?

Saya pernah nampak soalan ni, “macam mana nak jaga follower kita”?

Tak pastilah apa yang dimaksudkan sebagai “jaga follower tu”, tapi saya andaikan maksudnya ialah supaya follower tu tak lari dan juga terus berinteraksi serta terus support kita.

Bagi saya ada 4 perkara yang kita boleh buat untuk jaga follower kita ni :

1. Sentiasa bagi value

Dah banyak kali dengar kan? Value ni maksudnya info yang berguna bagi pembaca atau follower kita.

Mereka suka benda yang boleh bantu mereka selesaikan masalah, mereka suka benda yang menyebabkan mereka lebih bijak daripada semalam, mereka juga suka benda yang menghiburkan mereka.

Jadi itulah content-content yang ada value.

Kita kena sediakan content begini sepanjang masa kalau nak follower kekal dengan kita.

Takde idea? Anda boleh belajar di sini CARA NAK DAPATKAN IDEA COPYWRITING.

 

2. Berinteraksi dengan mereka

Dalam satu-satu masa tu bolehlah reply komen-komen follower anda. Ini akan menyebabkan mereka rasa dihargai.

Kalau dah ramai yang komen memang tak mampu kita nak reply semua, tapi pilih follower tertentu untuk kita komen.

Kalau tak ramai lagi boleh je nak reply semua sekali.

 

3. Jawapan soalan mereka

Kalau follower bertanya kepada kita, jawablah dengan baik. Elakkan dariapda membiarkan soalan mereka tidak berjawab.

Kalau tak mampu nak jawab semua, pilih mana-mana soalan yang lebih kurang sama, kita jawab secara umum dalam satu post.

Dengan menjawab soalan follower kita mereka akan rasa seronok dan sangat dihargai.

Follower gembira kita pun bahagia.

 

4. Sentiasa berhubung dengan mereka

Cari jalan untuk sentiasa berhubung dengan follower kita. Selain media sosial, kita boleh juga wujudkan group atau channel khas.

Kita juga boleh gunakan email dan sms blaster untuk sentiasa berhubung dengan pelanggan kita.

Insyallah, kalau selalu berhubung, pelanggan akan ingat kita.

 

Follower yang suka dengan kita ni, berpotensi untuk jadi follower setia. Follower setia tak akan teragak-agak untuk mempromosi diri anda kepada orang lain.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Nak belajar ilmu API (Asas Pemasaran Internet) secara PERCUMA? 

Masukkan nama dan email dalam borang berikut dan klik “daftar”. 

Anda akan dapat info dan update ilmu API terus ke email anda dari semasa ke semasa secara PERCUMA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *