Cara nak buat artikel jadi viral

Seronokkan, kalau posting di facebook kita jadi viral, lebih-lebih lagi viral tu membantu kita buat jualan.

Saya sendiri pun lama dah idamkan posting supaya viral ni, tapi bukan senang nak dapat.

Puncanya, simple je, kita tak tahu apakah cara nak buat posting yang viral tu.

Saya sendiri pun belajar dengan beberapa orang sifu. Belajar sahaja belum tentu akan bantu kita dapat buat posting yang viral.

Yang lebih penting lagi ada cuba dan cuba sampai kita jumpa tuning kita.

Alhamdulillah tips yang bakal saya kongsikan sebentar lagi saya telah ajar isteri saya dan postingnya banyak yang viral sehingga ada yang 23k share.

 

Baik, apakah formula yang diperlukan untuk hasilkan artikel yang viral?

1. Topik

Ya, topik adalah antara sebab utama artikel kita boleh viral. Antara topik yang biasa mudah dapat viral ialah topik rumah tangga, relationship, parenting, keajaiban sedekah dan amal baik, cerita hantu, masakan, dan macam-macam lagi.

Banyak topik yang boleh viral dan bukan semua topik boleh dapat viral.

Anda nak kesan senang je, tengok posting orang lain yang viral, tengok dia tulis tentang apa?

Tapi cabaran kita di sini ialah, kalau topik tu berkaitan dengan niche kita sedapla, tapi kalau tak berkaitan dengan niche kita mungkin mencabar sikit.

 

2. Sentuh 3 perkara ni

3 perkara ni memang mudah nak dapat viral, iaitu info yang sangat berguna, lawak jenaka dan ulasan isu semasa.

Info berguna tu bergantung dengan topik seperti poin nombor 1. Walaupun info tu dah berguna tapi bukan dari topik yang senang nak viral mungkin tak viral juga.

Jadi 3 perkara ini pun kena ada kaitan dengan poin nombor 1.

 

3. Branding

Ini pun adalah antara faktor membantu juga. Kalau branding anda memang sudah dikenali maka itu satu bonus untuk anda.

Tapi bukan bermakna orang tak kenal anda posting anda tak boleh viral.

Pernah ada artikel isteri saya dapat 15k share walaupun waktu tu follower dia tak sampai 200 orang. Ia adalah bergantung pada topik. Masa tu dia tulis tentang “bagaimana nak buat roti jadi lembut”.

 

4. Promo tulisan anda

Anda dah tulis artikel yang bagus jangan lupa promo. Antara cara yang sering isteri saya gunakan adalah share artikel di fb dia ke group-group yang berkaitan.

Kalau topiknya menarik, bukan sekadar kita akan dapat banyak share tapi juga akan dapat ramai follower baru.

 

5. Teknik tulisan

Dari segi teknik tulisan, kalau kaedah sahaja tak lah terlalu rigid. Memang ada penulis viral yang saya kenali mempunyai teknik penulisan yang membantunya membuat artikel viral.

Antara yang saya kenali ialah Tuan Irfan Jani dan juga Dr. Taufiq Razif. Mereka ni memang ada teknik penulisan tersendiri yang membantu artikel mereka viral. Alhamdulillah saya sendiri pernah berguru dengan mereka berdua ni.

Tapi kalau teknik yang saya suruh isteri saya buat, tidaklah terlalu rumit. Saya lebih fokuskan kepada topik yang hendak disampaikan.

 

6. Tips bonus

Nak tahu topik mana yang boleh viral kita boleh buat survey dan kajian.

Pertamanya kita boleh tengok di group atau juga facebook orang tertentu yang ada kaitan dengan niche kita. Tengok apa yang mereka post mendapat banyak sambutan. Jangan copy paste tulisan mereka, tapi jadikan ia sebagai topik panduan.

Kita juga boleh lihat di group-group apakah soalan-soalan yang sering ditanya oleh ahli group. Kalau ramai yang tanya topik tu, insyallah boleh jadi viral lah topik tersebut.

Satu lagi kaedah yang kami selalu lakukan ialah interview pelanggan kami. Kami ada group support untuk pelanggan yang membeli resepi. Di situ kami tahu apa lagi yang mereka mahu dan ingin tahu melalui soalan dan isu yang dibincangkan.

 

Orait, itulah dia 6 tips yang saya dan isteri saya gunakan untuk menghasilkan artikel yang viral.

Tapi, dapat buat artikel viral semata-mata tak guna kalau kita tahu lepas tu nak buat dan apakah tujuan sebenar kita nak buat artikel tu viral.

Kalau dalam ilmu API (Asas Pemasaran Internet), teknik viral ini adalah dalam topik ke-6 iaitu cara mendapatkan trafik yang banyak.

Anda boleh belajar ilmu API ini dengan mengisi borang di bawah.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Nak belajar ilmu API (Asas Pemasaran Internet) secara PERCUMA? 

Masukkan nama dan email dalam borang berikut dan klik “daftar”. 

Anda akan dapat info dan update ilmu API terus ke email anda dari semasa ke semasa secara PERCUMA.

Leave a Comment