Cara berkesan tarik pelanggan untuk kenal produk kita

Antara cabaran utama online seller ialah nak bagi orang kenal produk yang mereka jual.

Nampak macam mudah tapi boleh jadi susah.

Cara biasa yang online seller gunakan ialah cerita terus produk yang mereka nak jual. Ia tak salah, tapi biasanya iklan begini berlalu di wall macam air paip je.

Orang tak peduli, krik-krik manjang, hati pun sakit, hehe.

Baiklah, jadi apakah cara berkesan untuk kita kenalkan orang dengan produk kita?

Sebenarnya ada banyak cara, tapi dalam posting ini saya ceritakan 1 teknik yang saya selalu gunakan, iaitu cerita.

Saya kongsikan terus bagaimana saya gunakan cerita untuk kenalkan produk.

Untuk dapatkan bahan copywriting saya biasanya akan interview pelanggan saya.

Saya akan tanya mereka soalan ini :

  • apakah masalah yang mereka hadapi menyebabkan mereka nak produk kita
  • apakah pengalaman pahit yang mereka pernah lalui semasa masih ada masalah tu
  • apakah perkara yang mereka paling takut atau risau
  • apakah yang mereka mahu atau kehendak mereka
  • apakah motivasi terkuat mereka untuk selesaikan masalah itu

Daripada temubual inilah saya akan dapat banyak bahan atau cerita untuk saya buat copywriting.

Saya gunakan cerita mereka untuk mengolah copywriting dalam pengiklanan yang saya buat.

Menggunakan cerita daripada pelanggan sangat berkesan kerana ia rasa sangat dekat dengan prospek kita sebab ia merupakan kisah benar.

Cerita tak semestinya panjang, kita cuma ambil bahagian penting yang kita rasa berikan impak kepada prospek kita.

Tapi bukan semua cerita ini berkesan, jadi kita kena interview pelanggan kita dari semasa ke semasa.

Dalam susunan ayat iklan pula, kita akan gunakan cerita ini di peringkat awal. Lepas itu barulah masukkan tetang produk kita.

Ini adalah contoh ayat iklan yang saya gunakan dan berjaya hasilkan jualan yang banyak.

AKHIRNYA JUMPA JUGAK PANDUAN RESEPI AIR FRYER YANG BETUL-BETUL PRAKTIKAL DAN ISTIMEWA

Sebelum ni saya takut nak guna air fryer sebab saya ingat ia alat yang sangat canggih dan baru dan susah digunakan.

Tapi lepas ikut ebook resepi ni senang rupanya.

Dalam ebook ni Kak Mie dah tunjuk step by step setiap resepi merangkumi cara, teknik , suhu dan masa untuk masak satu-satu resepi itu.

Yang seronoknya beli sekarang dapat 9 BONUS.

Lagi best Kakmie ada group support untuk dia guide satu-per satu kalau ada masalah.

Seronok sangat memiliki pakej resepi daripada Kakmie ni.

Sampai sekarang saya dah rasa happy nak guna air fryer.

Klik untuk dapatkannya sekarang (link)

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Nak belajar ilmu API (Asas Pemasaran Internet) secara PERCUMA? 

Masukkan nama dan email dalam borang berikut dan klik “daftar”. 

Anda akan dapat info dan update ilmu API terus ke email anda dari semasa ke semasa secara PERCUMA.

Leave a Comment