Mana nak mula ni?

Pernah tak anda rasa blur, tak tahu nak mula kat mana?

Produk dah ada, target dah ada, strategi dah ada, tapi pabila nak buat betul-betul jadi blur pulak, tak tahu nak start mana.

Copywriting nak buat jugak, web nak buat juga, page nak buat jugak, gambar dan video live nak buat jugak, last-last satu pun tak buat sebab tak tahu nak buat apa dulu. Mana yang penting dulu.

Bukan anda sorang je pernah alami benda ni. Saya pun sama juga.

Puncanya simple je kita tak tahu apa SOP nak mulakan bisnes online ni.

Paling ramai yang buat terus buat iklan di media sosial masing-masing. Mana yang dah buat personal branding tu oklah, ramai orang akan beli dengan dia, tapi kita yang baru mula ni macam mana?

Ok, bagi saya, inilah cara saya mulakan bisnes online dengan tersusun.

 

1. Kajian pelanggan dan produk

Ni memang wajiblah, supaya kita tahu nak positionkan produk dan diri kita macam mana dan nak tahu angle mana yang kita akan “serang” pelanggan kita nanti.

 

2. Sediakan funnel

Dah siap kajian, langkah seterusnya ialah menyediakan funnel. Funnel ni bahasa mudah faham ialah macam mana kita nak perjalanan seorang pelanggan kita bermula.

Biasanya daripada stranger, kenal kita, kenal produk kita, dan last sekali beli produk dan seterusnya jadi pelanggan setia.

Untuk jalankan proses ini secara auto kita perlu sediakan funnelnya.

Funnel ini terdiri daripada 2 perkara penting, iaitu channel dan juga mesej atau content kita.

Content ini perlu disusun mengikut peringkat funnel yang kita bina.

Channel ni sangat banyak. Kita boleh pilih (test) mana-mana sesuai dan boleh hasilkan jualan.

Contohnya :

Channel 1 – iklan fb > email > email follow up > sales page

Channel 2 – iklan fb > blog > sales page > iklan fb (retargetting)

Channel 3 – iklan fb > messeger > sales page > whatsappp

Kita boleh susun seberapa banyak channel kita nak dalam funnel ni. Dan kena tahu content yang yang sesuai untuk top funnel, middle funnel dan bottom funnel.

Mungkin istilah yang saya guna ni baru untuk anda. Anda boleh belajar dengan subscribe email “ilmu API” di bawah blog ni untuk mempelajarinya.

 

3. Trafik

Dah siap funnel yang kita buat ni, mulalah kita tarik trafik masuk ke funnel yang kita dah bina. Kita boleh gunakan kaedah berbayar atau free.

Kalau anda tanya saya, saya gunakan kedua-duanya sekali.

Kaedah berbayar boleh guna facebook ad atau google adwords.

Kaedah free pula boleh guna personal fb, blog, group fb, whatsapp, youtube, IG dan macam-macam lagi. Yang penting semua trafik ini kita tarik ke funnel yang kita dah buat.

 

Antara kesilapan yang selalu dilakukan oleh online seller ini ialah mereka tak membina funnel. Sebab itulah trafik yang mereka dapat tu sia-sia terbang bagai angin lalu, cewah.

Ok, jadi itulah secara ringkas bagaimana kita boleh mulakan bisnes online dengan sistematik.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Nak belajar ilmu API (Asas Pemasaran Internet) secara PERCUMA? 

Masukkan nama dan email dalam borang berikut dan klik “daftar”. 

Anda akan dapat info dan update ilmu API terus ke email anda dari semasa ke semasa secara PERCUMA.

Leave a Comment