Cara tulis surat jualan yang berkesan

Surat jualan hanya ada satu tujuan penting, iaitu untuk menghasilkan jualan. Cantik macam mana pun surat jualan tapi tak menghasilkan jualan adalah merugikan.

Jadi apakah cara untuk kita hasilkan surat jualan yang menghasilkan jualan atau surat jualan yang berkesan?

Untuk pastikan surat jualan yang ditulis berkesan, pastikan ia mempunyai 9 elemen penting ini:

1. Menarik perhatian

Perkara pertama yang perlu ditekan dalam surat jualan yang berkesan ialah ia mampu menarik perhatian. Pastikan headline yang ditulis dapat “menangkap” perhatian pembaca dengan pantas.

Gagal menarik perhatian pembaca menyebabkan surat jualan kita langsung tidak dibaca.

Ada banyak cara untuk tarik perhatian pembaca ni. Antara yang sangat berkesan adalah gunakan masalah mereka sebagai headline seperti ini.

Macam-macam kelas ngaji quran dah pergi tapi masih tak lancar lagi!

Boleh juga gunakan gambar, misalnya gambar “baby” untuk tarik perhatian ibu dan bapa.

Menggunakan penyelesaian masalah juga cara yang boleh menarik perhatian seperti ini.

Dapatkan six pax tanpa perlu seat up beribu kali!

2. Fokus pada pembaca

Mulakan menulis surat jualan dengan memfokus pada pembaca (atau pelanggan) dan bukannya produk kita.

Pelanggan hanya berminat kalau kita fokuskan kepada diri mereka. Fokuskan kepada matlamat mereka, masalah, keperluan, ketakutan, impian dan harapan mereka.

Cara terbaik untuk fokus kepada pelanggan dalam surat jualan kita, adalah dengan menggunakan perkataan “anda”. Dengan perkataan ini pembaca rasa kita secara bercakap dengan mereka. Contoh,

Jika anda dah banyak produk tapi masih tak berjaya hilangkan migrain anda, bukanlah sebab produk itu tak bagus, cuma anda tidak diberikan panduan cara memilih produk yang bersesuaian.

Dalam surat jualan biasanya bahagian awalan atau intro anda akan lihat masalah dan keinginan pembaca atau pelanggan ditekankan. Tujuannya adalah untuk menarik minat pembaca untuk terus membaca dan mendapatkan penyelesaian untuk masalah mereka.

3. Tekankan manfaat

Apakah yang pelanggan anda akan dapat pabila menggunakan produk anda. Pelanggan cuma nak tahu apa yang bagusnya produk anda untuk mereka.

Produk anda cantik dan dapat banyak sijil pun tapi kalau anda tak berjaya tunjukkan manfaat produk anda kepada mereka, mereka tak akan peduli.

Apabila menceritakan tentang produk kita tonjolkan manfaat ini.

Bukan tak boleh cerita pasal ciri produk kita, tapi walaupun kita menulis ciri, pastikan manfaat nampak jelas dan dapat dirasai oleh pembaca kita. Barulah mereka rasa berminat untuk membeli.

4. Bezakan produk anda dengan orang lain

Pelanggan mempunyai banyak pilihan produk dan servis. Untuk jadikan produk atau servis anda sebagai pilihan mereka, anda mestilah menanam keistimewaan produk anda dalam minda pelanggan anda.

Walaupun produknya niche sama tapi anda mestilah tunjukkan bahawa produk anda ada kelainan dan kelebihannya tersendiri. Kelainan ini tak semestinya satu sahaja, ia boleh jadi beberapa.

Kenal pasti kelainan ini dengan melakukan kajian terhadap produk orang lain dan produk anda. Apa yang anda ada dan tak ada pada orang lain itulah yang anda perlu tonjolkan.

Kelainan ini atau juga disebut USP mesti ditulis dalam surat jualan anda di mana-mana bahagian yang perlu.

 

5. Buktikan kata-kata anda

Dalam surat jualan sudah menjadi lumrah kita akan menyatakan manfaat-manfaat yang akan diterima oleh pelanggan.

Manfaat semata-mata tanpa bukti akan jadi dakwaan sahaja.

Untuk buktikan di sinilah kita gunakan testimoni, kajian yang ada kaitan dengan kes kita dan sebagainya. Bukti ini bertujuan untuk hilangkan rasa ragu pelanggan terhadap produk atau servis kita.

 

6. Mantapkan kredibiliti anda

Di samping melihat manfaat produk dan juga testimoni pelanggan juga sering bertanya “siapa anda”? Mereka nak tahu dengan siapakah mereka membeli.

Di sinilah kita kena tonjolkan kredibiliti kita.

Antara cara tonjolkan kredibiliti kita ialah :

  • nyatakan tahun ditubuhkan
  • berapa tahun pengalaman dalam bisnes
  • jumlah pekerja kita
  • jumlah perolehan
  • cawangan atau lokasi yang kita ada
  • jumlah yang terjual atau kita telah bantu
  • sijil atau kelulusan yang kita dapat
  • sebaran media tentang kita
  • dan macam-macam lagi

 

7. Bina nilai

Orang tak akan beli dengan kita kalau mereka rasa ianya tak berbaloi. Untuk buat pelanggan kita rasa berbaloi, di sinilah kita kena pandai membina nilai terhadap apa yang kita jual.

Misalnya kalau produk berharga RM120, apakah yang mereka dapat dengan RM120 itu?

Kalau sekadar produk mungkin ia tak cukup menarik. Kita kena tunjukkan apa juga yang mereka akan dapat selain produk.

Ada banyak cara kita boleh tonjolkan nilai berbaloi ini antaranya :

  • beritahu apakah manfaat tersembunyi yang mereka akan dapat
  • bahagikan harga kepada tempoh produk tersebut digunakan, contohnya harga/30 hari
  • bandingkan dengan benda lain seperti kerugian yang reka akan kena kalau tak beli
  • berikan nilai setiap satu komponen dalam produk tersebut
  • pelaburan yang pelanggan akan dapat
  • dan macam-macam lagi

 

8. Jangan lupa CTA

Surat jualan yang panjang lebar tanpa CTA adalah sia-sia. CTA atau Call To Action ialah arahan tertentu yang kita berikan kepada pelanggan.

Arahan ini merupakan tindakan daripada pelanggan yang kita harapkan seperti, isi borang, call kita, buat belian dan sebagainya.

 

9. Beritahu mereka kenapa perlu bertindak sekarang

Salah satu sikap manusia ialah suka bertangguh. Jadi untuk jadikan surat jualan kita berkesan, kita perlulah berikan alasan kenapa mereka perlu bertindak sekarang.

Mungkin boleh buat offer terhad.

Mungkin juga kalau mereka tak bertindak sekarang mereka akan hadapi kerugian lebih besar.

Dan macam-macam lagi.

 

Inilah 9 perkara yang mesti ada dalam surat jualan kita untuk menjadikan ia berkesan.

Ilmu surat jualan ini merupakan sebahagian daripada ilmu pemasaran internet. Tahu satu bab ini sahaja belum dapat membantu kita kalau kita belum ada ilmu asas.

Dapatkan Ilmu API (Asas Pemasaran Internet) dengan mengisi borang di bawah.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Nak belajar ilmu API (Asas Pemasaran Internet) secara PERCUMA? 

Masukkan nama dan email dalam borang berikut dan klik “daftar”. 

Anda akan dapat info dan update ilmu API terus ke email anda dari semasa ke semasa secara PERCUMA.

Leave a Comment