Cara berkesan mempromosi produk yang banyak fungsi

Saya pasti ramai di antara kita menjual produk yang banyak fungsinya terutamanya produk kesihatan.

Sebagai contoh 1 produk mungkin ada fungsi-fungsi berikut :

  • anti kanser
  • turunkan bacaan gula
  • kawal tekanan darah
  • detoksifikasi
  • hilangkan migrain
  • hilangkan gout
  • dan macam-macam lagi fungsi dalam 1 produk

Pabila mempromosi produk ini kita akhirnya boleh rasa pening sebab tak tahu macam mana cara nak promo sebab banyak sangat fungsi.

Nak cerita semua fungsi macam banyak sangat. Nak fokus satu fungsi tak tahu yang mana satu nak difokuskan.

Lagi pening kalau pihak syarikat (owner produk) hari-hari dok push kita untuk promo segala fungsi yang ada. Kalau kita fokus satu macam pihak syarikat tak suka pula.

Saya sendiri pun sebenarnya ada menjual produk yang banyak fungsi begini. Di sini saya kongsikan bagaimana cara saya mempromosi produk yang banyak fungsi begini.

1. Tentukan fungsi apa yang nak ditonjolkan

Pilih beberapa fungsi yang kita mempunyai potensi yang besar. Fungsi yang ada potensi besar ini biasanya terdiri daripada masalah yang orang nak sangat settlekan segera. Kalau tak settlekan mereka rasa tak selesa dan boleh menyebabkan mudarat yang lebih teruk.

Untuk cari fungsi yang berpotensi ini, kita kenalah rajin membuat kajian. Kena survey di google, media sosial dan marketplace tentang niche market yang kita promo tu.

Kalau produk lain yang mempunyai fungsi sama pun banyak buat pengiklanan ini bermakna potensinya sangat besar.

Senaraikan fungsi-fungsi yang kita nak fokus ini supaya senang nak buat kempen kemudian hari.

 

2. Lancarkan iklan

Kita boleh lancarkan iklan dengan fokus 1 fungsi je dulu atau terus buat beberapa iklan untuk kempen fungsi-fungsi yang berlainan.

Dari sinilah kita boleh lihat fungsi yang mana satu dapat sambutan paling bagus. Dah jumpa fungsi yang terbaik ini terus fokus dan cuba kembangkan dengan menaikkan bajet pemasaran untuk fungsi tersebut.

 

3. Jangan abaikan fungsi lain

Walaupun kita dah jumpa fungsi yang paling banyak permintaan, jangan lupa fungsi yang lain. Teruskan juga kempen fungsi yang lain dengan bajet yang kecil.

Kita buat sampai jumpa cara kempen yang paling sesuai.

Dengan memberikan fokus kepada fungsi lain ini juga, membolehkan membuka pasaran baru dan menambah pelanggan kita.

 

4. Jangan campur aduk

Pastikan dalam satu-satu kempen yang kita buat hanya fokus 1 fungsi sahaja. Fungsi lain buat kempen lain. Kita tidak mahu pelanggan pening dengan kempen yang kita buat dan akhirnya mereka tak nak beli.

 

Harap tips ini membantu anda. Jika ada pendapat dan persoalan jangan malu-malu untuk cadangkan di ruang komen di bawah.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Nak belajar ilmu API (Asas Pemasaran Internet) secara PERCUMA? 

Masukkan nama dan email dalam borang berikut dan klik “daftar”. 

Anda akan dapat info dan update ilmu API terus ke email anda dari semasa ke semasa secara PERCUMA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *