Macam mana nak buat bisnes online lebih proper?

Bisnes yang proper bermaksud bisnes yang tersusun dan terurus dengan baik.

Dalam bisnes online, proper ini bermaksud, pemasaran nya tersusun dengan baik, dan rekodnya pun tersusun dengan baik.

Anda nak tahu sama ada bisnes online anda dah proper ke belum cuba jawab soalan ini :

  1. Apakah flow funnel jualan anda?
  2. Berapa jumlah pelanggan anda sudah ada?
  3. Berapa jumlah pembelian yang telah pelanggan anda lakukan?
  4. Berapa kali sudah pelanggan anda membeli dengan anda?
  5. Siapa yang sudah membeli lebih daripada sekali dengan anda?

Boleh tak anda jawab soalan-soalan di atas. Kalau boleh tahniah kerana itu menunjukkan bisnes anda mempunyai ciri bisnes yang proper.

Kalau tak boleh jawab, ada kemungkinan besar bisnes anda belum lagi jalan secara proper.

Untuk menjadikan bisnes online kita proper kita perlukan beberapa tool atau perisian yang membantu kita menguruskan bisnes kita dengan baik.

Berikut merupakan 3 tool atau perisian yang penting untuk menjadikan bisnes kita bisnes online yang proper.

Blog atau web

Blog atau web sangat perlu untuk kita upload kita punya content, surat jualan malah kedai online pun kita boleh pasang di blog atau web ini.

Blog atau web ini memudahkan orang mencari kita di dunia online melalui google. Malah kita juga boleh mempromosikan bahan-bahan kita di web atau blog ini.

Apabila orang bertanyakan tentang produk atau servis, kita hanya perlu sharekan link dari blog atau web kita yang berkaitan dengan soalan pelanggan kita tadi.

Kita juga boleh mempromosikan isi kandungan blog atau web kita di media sosial atau menggunakan iklan berbayar seperti fb ad dan google ad.

Contoh web yang menerangkan produk WEB PRODUK.

Contoh web untuk menyampaikan content WEB CONTENT.

E-commerce atau payment gateway

E-commerce atau payment gateway ini ialah website khas untuk membolehkan pelanggan membeli terus di web tersebut.

Kelebihan menggunakan e-commerce atau payment gateway ini ialah database pelanggan akan tersimpan dengan dengan baik.

Kita juga boleh menganalisis jumlah jualan, siapa pelanggan yang paling banyak beli, berapa kali pelanggan beli, pelanggan kawasan mana banyak beli, produk apa yang orang suka beli dan macam-macam lagi database yang kita boleh kaji.

Contoh E-commerce atau payment gateway untuk jualan produk E-COMMERCE.

Di bawah ini pula ialah contoh analisa pembelian pelanggan dari e-commerce atau payment gateway yang digunakan.

CRM (Costumer Relationship Management)

CRM merupakan perisian yang membolehkan menguruskan dan menghubungi pelanggan kita sama ada menggunakan email, sms, whatsapp dan sebagainya.

Perisian ini penting untuk membolehkan menghubungi pelanggan kita pada bila-bila masa yang perlu.

Dengan perisian ini kita boleh follow up pelanggan kita sama ada secara perseorangan atau pun beramai-ramai.

Perisian ini boleh jadi perisian yang tersendiri dan berasingan.

Ada juga sesetengah sistem seperti Onpay memasukkan terus perisian ini dalam sistem mereka.

Inilah 3 tool atau perisian yang penting yang perlu kita ada jika mahu menjadikan bisnes online kita lebih proper.

Kesimpulannya, bisnes online yang proper ialah bisnes yang tersusun dan mempunyai simpanan data yang sistematik dan membolehkan kita melakukan pemasaran dengan lebih teratur.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Nak belajar ilmu API (Asas Pemasaran Internet) secara PERCUMA? 

Masukkan nama dan email dalam borang berikut dan klik “daftar”. 

Anda akan dapat info dan update ilmu API terus ke email anda dari semasa ke semasa secara PERCUMA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *