Copywriting dah buat tapi masih gagal tarik pelanggan. Kenapa ye?

Bersungguh-sungguh buat copywriting nak tarik pelanggan tapi pelanggan tak juga ada.

Dah puas adjust dah copywriting tapi masih tak nampak kesan juga.

Kenapa ia berlaku dan bagaimana mengatasinya?

Dulu saya pun pening juga pabila perkara ni berlaku kepada saya.

Dah la kita penat perah otak buat copywriting, tapi satu pun tak berhasil.

Memang frust la.

Rasa give up pun ada.

Dulu saya tak nampak apa sebabnya, tapi selepas dah banyak “TRY & ERROR” barulah saya nampak apa puncanya dan bagaimana mengatasinya.

Rupanya, punca utama iklan kita orang tak peduli sebab mereka tak rasa apa-apa connection dengan iklan kita.

Orang tak akan peduli kalau apa yang kita tulis tidak membawa sebarang manfaat kepada mereka.

Mereka baca ayat iklan kita pun tak sentuh jiwanya. Sebab tu asyik kena scroll je.

Akhirnya kita gagal mendapat pelanggan.

Macam mana nak buat iklan yang menyentuh jiwa ni?

Ikut 3 langkah ni kalau anda nak iklan yang berkesan :

1. Fokus pada apa masalah dan kehendak pelanggan

Pelanggan takkan peduli iklan kita kalau iklan kita tak ada apa-apa makna atau manfaat untuk mereka.

Kalau kita nak bagi iklan kita dibaca kita mesti cerita tentang masalah mereka, apakah punca, bagaimana mengatasi dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan masalah mereka.

Inilah perkara yang mereka nak tahu. Mereka juga nak tahu bagaimana mereka boleh meningkatkan lagi diri atau taraf hidup mereka.

Kalau iklan kita berjaya sentuh aspek ini barulah mereka nak baca iklan yang kita tulis.

2. Tulis dengan bahasa pelanggan kita

Maksudnya bahasa biasa yang mereka pakai. Elakkan penggunaan istilah yang mereka tak faham seperti istilah saintifik, undang-undang dan sebagainya.

Kita kena kenal siapa pelanggan kita dan apakah bahasa yang mereka senang nak faham. Tulislah seolah-olah kita sedang bercakap dengan mereka.

3. Ikut struktur iklan yang tepat iaitu 

Iklan yang bagus perlu ada 5 unsur ini.

HEADLINE – bertujuan untuk tarik perhatian dan buat orang nak tahu.
INTRO – menerangkan lebih lanjut tentang headline.
SOLUSION – menerangkan produk yang kita yang boleh bantu pelanggan.
OFFER – nyatakan offer yang boleh buat mereka beli pada waktu itu juga.
CTA – apa yang pelanggan kena buat kalau mereka berminat

Insyallah kalau lakukan 3 langkah ni iklan anda akan jadi lebih power.

 

 

 

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Nak belajar ilmu API (Asas Pemasaran Internet) secara PERCUMA? 

Masukkan nama dan email dalam borang berikut dan klik “daftar”. 

Anda akan dapat info dan update ilmu API terus ke email anda dari semasa ke semasa secara PERCUMA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *