Inilah punca ayat iklan tak dibaca TAPI ramai tak perasan

Pernah tak anda tulis ayat iklan tapi akhirnya takde orang nak baca pun. Kalau baca pun orang tak mahu, macam mana mereka nak beli? Betul tak?

Kenapa orang tak nak baca iklan kita ye?

Ada beberapa sebab orang tak nak baca iklan yang kita tulis :

1. Tak fokus pada masalah dan kehendak pelanggan

Orang tak akan peduli kalau benda tu tak ada kaitan dengan mereka. Begitu jugalah dengan ayat iklan kita.

Kalau ayat iklan kita tak ada kaitan dengan mereka, mereka tak akan peduli. Untuk jadikan pelanggan membaca iklan kita maka iklan itu mestilah fokus kepada masalah dan kehendak mereka.

Kita kena ceritakan tentang masalah dan kehendak mereka dan bagaimana mereka boleh menyelesaikannya.

2. Tak guna bahasa pelanggan

Tapi kadang-kadang walaupun anda fokus pada masalah dan kehendak pelanggan mereka masih juga tak baca.

Dulu saya tak perasan juga, sekarang barulah nampak patternnya.

Rupanya satu lagi sebab pelanggan tak nak baca iklan kita ialah jenis bahasa yang kita guna.

Bahasa yang kita guna juga kenalah bahasa yang pelanggan kita pakai.

Biar bahasanya mudah, senang difahami dan takde istilah yang mereka susah nak faham.

Satu lagi gunakan bahasa yang seolah-olah anda sedang bercakap dengan pelanggan anda. Barulah mereka boleh “rasa”.

3. Struktur iklan yang tak tersusun

Orang tak banyak masa nak spent sebab masing-masing ada urusan dan sibuk. Mereka tak suka kita buang masa mereka.

Dalam iklan kita perlu mudah mereka membaca iklan kita. Antara yang kita perlu berikan perhatian ialah susunan perenggan. Pastikan perenggan kita tak terlalu panjang. Hanya 3 baris dalam 1 perenggan.

Kita juga boleh gunakan bullet poin untuk membantu pembaca scan ayat iklan kita dengan lebih baik.

 

 

 

 

 

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Nak belajar ilmu API (Asas Pemasaran Internet) secara PERCUMA? 

Masukkan nama dan email dalam borang berikut dan klik “daftar”. 

Anda akan dapat info dan update ilmu API terus ke email anda dari semasa ke semasa secara PERCUMA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *