Tips copywriting berkesan

Copywriting berkesan bermaksud copywriting yang mampu mencapai tujuan yang dikehendaki oleh penulis.

Contohnya, kalau copywriting itu dibuat untuk mendapatkan lead maka hasilnya lead lah yang dapat. Tapi kalau copywriting itu tidak menghasilkan lead seperti yang diharapkan maka ia tidaklah boleh dikatakan berkesan.

Kalau copywriting itu dibuat untuk menghasilkan jualan maka sepatutnya jualanlah yang dapat, tapi kalau copywriting dah buat jualan tak dapat juga maknanya copywriting itu tidak berkesan.

Jadi, bagaimana caranya menghasilkan copywriting yang berkesan?

Anda boleh hasilkan iklan yang berkesan dengan menggunakan Prinsip PESEMBER (dibaca pesemboq).

PRISIP PESEMBER

PESEMBER merupakan gabungan perkataan

PErhatian + SEdar + Mahu + BERtindak

1. PERHATIAN

Prinsip pertama apabila kita menghasilkan iklan, iklan tersebut mestilah mampu menarik perhatian. Kita bukan nak tarik perhatian semua orang, tapi nak tarik perhatian golongan yang kita sasarkan.

Cara menarik perhatian ini ada biasanya kita gunakan 2 elemen iaitu HEADLINE dan GRAFIK (sama ada video atau gambar).

Kita nak orang terpandang je iklan kita terus rasa nak tahu dan nak baca. Untuk menimbulkan perhatian ini biasanya kita akan fokus sama ada masalah atau pun kehendak pelanggan kerana 2 perkara inilah yang pantas membuat mereka tertarik.

2. SEDAR

Seterusnya kita nak pembaca sedar bahawa mereka perlu selesaikan masalah mereka. Ini kita boleh lakukan di bahagian intro.

Kita boleh tunjukkan kepada mereka apa risiko yang berlaku sekiranya mereka membiarkan masalah mereka berterusan.

3. MAHU

Setelah itu kita nak pembaca MAHU kepada produk kita.

Caranya ialah dengan menunjukkan apakah manfaat produk kita kepada mereka dan apakah kelebihan produk kita berbanding produk orang lain.

4. BERTINDAK

Akhir sekali kita nak pembaca tadi bertindak segera membeli produk yang kita promosikan. Caranya ialah dengan memberikan offer yang tak sanggup untuk mereka lepaskan.

Untuk jadikan ia lebih berkesan, offer ini seharusnya dihadkan sama ada dari segi masa atau bilangan. Maksudnya kalau mereka tak beli waktu tu mereka tidak akan dapat lagi offer yang kita berikan.

Prinsip PESEMBER ini boleh digunakan dalam mana-mana iklan anda dan ia akan sentiasa berkesan.

 

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Nak belajar ilmu API (Asas Pemasaran Internet) secara PERCUMA? 

Masukkan nama dan email dalam borang berikut dan klik “daftar”. 

Anda akan dapat info dan update ilmu API terus ke email anda dari semasa ke semasa secara PERCUMA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *