Cikgu Ali merupakan seorang copywriter yang berpengalaman. Beliau banyak menghasilkan ayat iklan dan surat jualan untuk client. Selain itu beliau juga membimbing dan memberikan latihnan kepada mereka yang ingin menguasai ilmu copywriting. Lebih banyak tentang cikgu Ali DI SINI.

Dapatkan tips copywriting terus ke handphone anda. DI SINI.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

5 tips menghasilkan content yang bagus

Apa yang dimaksudkan sebagai content?

Content ialah tulisan yang mengandungi nilai informasi yang berguna bagi pembaca. Ia berbeza dengan copywriting ayat iklan kerana dalam penulisan content yang dipentingkan ialah penyampaian informasi yang berguna bagi pembaca.

panduan menulis content yang bagus

Kita boleh bezakan content dengan copywriting iklan daripada headline dan juga isi kandungannya.

Contoh headline content :

  • Tanda-tanda awal penyakit gout
  • Tips masak ayam dalam air fryer supaya tak hangus
  • 7 cara menghias bilik tidur yang menarik

Daripada contoh headline ini anda boleh nampak bahawa ia bertujuan untuk berkongsi informasi yang berguna. Inilah yang dinamakan sebagai content.

Berikut merupakan 7 tips untuk menghasilkan content yang menarik.

1. Jangan copy content orang

Ia bukan sekadar perbuatan yang tak bagus tapi juga sangat tak bagus kalau anda ingin mendapatkan ranking seo yang baik. Ini kerana pabila google mendapat anda menceduk “mentah-mentah” content orang lain, web anda dikira sebagai tak berkualiti jadi rankingnya akan jatuh.

Copy content orang tak boleh, tapi copy idea orang tak apa. Apa maksud copy idea orang? Anda mungkin tertarik dengan artikel orang lain. Jadi anda boleh dapatkan idea asas content tersebut, kemudian anda tulis dengan ayat dan gaya anda sendiri. Maka jadilah ia versi “ori” anda.

2. Headline menarik

Tujuan kita buat content adalah untuk orang baca. Satu cara untuk tarik orang baca content kita ialah dengan menghasilkan headline yang menarik.

gambar menunjukkan contoh headline

Headline yang bagus menjalankan 2 tugas penting ini :

i- menarik perhatian

Ii- menimbulkan rasa ingin tahu

Sekiranya headline kita mengandungi 2 ciri ini, potensi content kita dibaca akan lebih tinggi dan lagi menarik ialah content kita mungkin dikongsikan kepada pembaca lain. Ini sangat membantu dari segi seo.

3. Tulis perkara yang praktikal

Orang nak baca artikel atau content antara tujuan utamanya adalah untuk menjadi “hari ini lebih baik daripada semalam”. Pembaca sangat suka kalau content yang kita hasilkan betul-betul boleh membantu mereka.

Tulislah content yang mudah difahami dan juga mudah untuk diikuti. Ini akan menjadikan content kita sangat-sangat berguna dan orang akan rasa “ringan tangan” untuk berkongsi content tersebut kepada rakan-rakan mereka yang lain.

Content yang boleh buat orang lebih bijak lepas membaca content tersebut adalah content yang sangat-sangat bagus. (harap-harap anda pun ada rasa macam tu lepas baca content saya ni, hehe).

4. Buat content yang menjawab soalan orang

Antara sebab google dibuat ialah untuk mudahkan orang ramai mencari jawapan kepada soalan atau masalah mereka. Di sinilah content yang kita hasilkan amat memainkan peranan. Kalau content kita betul-betul boleh menjawab persoalan orang lain ia akan membantu content kita mendapat ranking yang baik.

ciri content yang bagus

Ye, dalam content saya ini pun sudah beberapa kali saya nyatakan tentang “ranking” yang baik. Tapi jangan fokus kepada ranking dahulu, fokus kepada content. Kalau content bagus lama ke lamaan ranking akan naik. Tapi kalau kita hanya nak fokus rangking sahaja, content kita mungkin tak bagus dan tak relaven dan akhirnya menyebabkan rankingnya jatuh juga.

5. Content yang menggalakkan orang terlibat

Content yang bagus juga adalah content yang menggalakkan penglibatan pembaca seperti akan menyebabkan pembaca nak komen dan share dan sebagainya. Kita boleh gunakan “call to action” tertentu atau menggunakan soalan atau “provokasi” untuk menggalakkan pembaca terlibat.

Inilah 5 tips yang anda boleh gunakan untuk hasilkan content yang berkualiti. Sekiranya ada soalan anda boleh tinggalkan di ruang komen di bawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *