Cara buat copywriting storytelling

Ayat iklan jenis story telling ialah ayat iklan yang menggunakan cerita. Ayat iklan jenis ini sebenarnya tak lah susah sangat untuk menghasilkannya.

Iklan jenis ini disukai kerana orang suka dan mudah tertarik dengan cerita.

Cara untuk menghasilkan ayat iklan yang menggunakan cerita

 

1. Pilih cerita yang hendak digunakan

Untuk menghasilkan ayat iklan menggunakan cerita terlebih dahulu kita perlulah ada cerita yang hendak digunakan.

Cerita ini boleh jadi cerita kita sendiri, atau cerita pelanggan atau sesiapa sahaja.

Cerita ini juga boleh jadi ada kaitan dengan produk yang kita nak iklankan atau pun juga mungkin tidak ada kaitan. Ia bergantung dengan teknik yang kita gunakan.

2. Selitkan unsur yang menarik dalam cerita

Tujuan kita menggunakan cerita ialah untuk menarik perhatian orang membaca.

Untuk menjadikan cerita itu menarik ia perlulah ada mana-mana unsur berikut dalam cerita tersebut.

+saspen
+hero
+pengembaraan
+tragedi
+percintaan
+cerita hantu
+”hidup mati semula”

Dengan menggunakan unsur-unsur ini barulah cerita sedap dibaca.

3. Cerita dilakukan di bahagian HEADLINE dan INTRO

Untuk menggunakan teknik cerita dalam iklan, biasanya cerita akan mengisi bahagian headline dan intro.

Selepas cerita (atau dalam cerita) kita akan masukkan produk yang kita ingin iklankan. Dan seleapas itu kita boleh tambah dengan OFFER dan CTA.

Contoh

Kami suami isteri pernah diuji

Sepanjang jadi suami isteri selama 21 tahun kami memang pernah terima macam-macam ujian.

Tapi dalam banyak-banyak ujian, ada ujian yang paling memberikan kesan dalam hidup kami.

Pada tahun 2006 isteri saya pernah diuji sakit pinggang yang melampau sampai tak dapat berjalan.

Masa tu dah jumpa 3 orang doktor pakar, tapi tak seorang pun tahu apa masalah isteri saya.

Masa ini kami masih bekerja sebagai guru.

Isteri saya terpaksa minta cuti banyak kali sebab dia memang tak mampu nak berdiri dan berjalan.

Jadi saya sahaja yang pergi kerja ke sekolah, sementara itu isteri saya tinggal di rumah bersama 2 orang anak.

Yang sulung masa ni umur 6 tahun dan yang kedua umur 4 tahun.

Si anak sulung inilah yang bantu ibunya di rumah.

Walaupun umur masa tu 6 tahun dia dah pandai masak nasi.

Hati saya memanglah sangat-sangat bimbang.

Jasad je berada di sekolah, tapi fikiran teringatkan isteri di rumah.

Lagi memeningkan kepala saya, sebab dah jumpa 3 orang doktor pakar, takde satu pun yang boleh beritahu apa masalah isteri saya sebenarnya.

Xray sudah, semua pun sudah, tapi takde penyelesaian.

Sampaikan ada andaian isteri saya ni kena buatan orang.

Isteri saya masa tu hari-hari kena makan pain killer barulah boleh bergerak sikit.

Pabila semua perubatan moden dah diusahakan, tibalah masanya untuk cuba rawatan alternatif pula.

Saya tanya-tanyalah dengan kawan-kawan dan saudara-mara yang tahu tentang perawat-perawat alternatif yang proven.

Mereka kenalkan nama seorang perawat yang tinggal di sebuah kampung yang terletak 100km lebih dari tempat tinggal saya.

Saya pun pergilah bawa isteri berjumpa perawat tersebut.

Perawat ini memnggunakan kaedah urutan.

Menurut beliau ada urat di bahagian pinggan isteri saya tertindih menyebabkan “pelincir” tak turun ke kaki menyebabkannya sakit kalau berjalan.

Perawat pun melakukan rawatannya.

Follow up sebanyak 3 kali untuk lakukan urutan.

Atur sikit-sikit katanya.

Alhamdulillah selepas 1 bulan lebih rawatan isteri saya sudah dapat berjalan secara normal.

Memang lega sangat rasanya pabila isteri dah dapat jalan secara normal.

Bagi yang mengalami masalah sama, bolehlah dapatkan rawatan di kampung ABCD.

Perawat boleh dihubungi melalui talian 01234CCFGT.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Ali Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ali merupakan seorang usahawan online sepenuh masa. Beliau menjual produk fizikal dan digital. Di samping itu beliau juga menawarkan servis penulisan surat jualan serta bimbingan pemasaran online kepada usahawan atau individu yang berminat. Info lanjut tentang Cikgu Ali DI SINI.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *