Cara buat copywriting yang tepat

Ayat jualan kalau tak tepat boleh menyebabkan hasil ke laut.

Duit iklan hangus, hasilkan kurang atau tiada langsung.

Punca utama masalah ini ialah ayat jualan yang kita tak tulis tak tepat.

Persoalan nya ialah, macam mana kita nak buat ayat jualan yang tepat?

Angle pelanggan

Satu konsep yang kita kena tahu kalau nak buat ayat jualan ialah angle pelanggan.

Angle pelanggan ialah penulisan ayat jualan yang menumpukan poin-poin tertentu yang dirasakan akan menyebabkan pelanggan terkesan.

Ia boleh menjadi masalah, perkara yang dirisaukan, kelebihan produk, testimoni dan sebagainya.

Setiap angle ini mempunyai kesan tertentu kepada pelanggan kita.

Kalau kita bijak memilih angle, ia akan membantu menghasilkan banyak jualan.

Ada berapa angle pelanggan?

Sebenarnya ada banyak. Ia bergantung kepada model atau cara kita melihat angle tersebut.

Untuk saya sendiri saya suka menggunakan model pelanggan yang dinyatakan dalam buku Sabri Suby yang bertajuk “Sales Like Crazy”.

Dalam buku tersebut pelanggan dipecahkan kepada 4 kategori berikut :

Unaware – pelanggan yang tak tahu dirinya sedang menghadapi masalah tertentu.

Problem aware – pelanggan yang dah tahu apa masalah yang dia hadapi tapi masih tak tahu apa penyelesaiannya.

Solution aware – pelanggan yang dah tahu penyelesaian tetapi tak tahu jenama mana yang terbaik.

Brand aware – pelanggan yang sudah tahu apa brand yang terbaik.

Lain kategori lain angle

Untuk menarik perhatian setiap ketegori pelanggan tersebut, ayat jualan perlulah daripada angle yang berbeza.

Secara ringkaskannya, angle pelanggan yang sesuai mengikut ketegori tersebut adalah seperti berikut :

Maknanya, untuk menarik perhatian pelanggan daripada kategori tertentu kita perlulah menggunakan ayat jualan dengan angle tertentu seperti dalam rajah di atas.

Praktikal

Dalam praktikal menjalankan pemasaran atau menggunakan iklan seperti facebook ad, kita kena cuba semua angle tersebut (split test).

Jika kita menggunakan web jualan, iklan level 1 yang sesuai adalah menggunakan angle untuk pelanggan kategori “unaware” dan “problem aware”.

Untuk pelanggan yang telah sampai ke web jualan kita, maka sesuai di”retarget” dengan angle untuk kategori sulotion aware.

Sementara pelanggan yang sudah sampai ke laman “checkout” sesuai di retarget dengan angle untuk kategori “brand aware”

Kesimpulan

Apa yang saya tulis di atas adalah cadangan dan berdasarkan apa yang lazim saya buat.

Hanya dengan split test barulah kita tahu angle mana yang betul-betul berkesan dan tepat untuk pelanggan kita.

Selain itu, kreativiti untuk menghasilkan ayat jualan pun sangat penting.

Walaupun kita dah tahu angle apa nak guna, tapi cara penulisan ayat yang berbeza juga boleh mendatangkan hasil yang berbeza.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Ali Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ali merupakan seorang usahawan online sepenuh masa. Beliau menjual produk fizikal dan digital. Di samping itu beliau juga menawarkan servis penulisan surat jualan serta bimbingan pemasaran online kepada usahawan atau individu yang berminat. Info lanjut tentang Cikgu Ali DI SINI.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *