Cikgu Ali merupakan seorang copywriter yang berpengalaman. Beliau banyak menghasilkan ayat iklan dan surat jualan untuk client. Selain itu beliau juga membimbing dan memberikan latihnan kepada mereka yang ingin menguasai ilmu copywriting. Lebih banyak tentang cikgu Ali DI SINI.

Dapatkan tips copywriting terus ke handphone anda. DI SINI.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Copywriting tu apa?

Copywriting senang faham ialah teknik menghasilkan ayat jualan. Kiranya kita tulis ayat tu terus untuk dapatkan jualan daripada tersebut…

Copywriting bukanlah ayat, ia proses atau teknik menghasilkan ayat itu.

Yang dihasilkan ialah ayat jualan dan bukannya copywriting.

Tapi oleh sebab dah biasa orang ingat copywriting itu ialah ayat (sampai saya pun terpaksa guna terma tu sebab nak selaras dengan pemahaman orang).

Tapi… Dalam posting saya bukan nak cerita pasal istilah ni. Cuma saya saya share bagaimana caranya menghasilkan ayat jualan.

Ayat jualan secara umumnya ada strukturnya sendiri. Ada 5 elemen penting dalam ayat jualan.

.

HEADLINE = bertujuan untuk menarik perhatian.

INTRO = bertujuan menjelaskan headline dan menimbulkan rasa sedar.

SOLUTION = produk atau servis yang nak diterangkan.

OFFER = bonus yang diberikan untuk menggalakkan orang beli pada waktu itu.

CTA = arahan kepada orang berminat nak beli.

.

Untuk mudah faham, saya sertakan contoh ayat jualan di bawah ini…

Tak tahu apa OOTD sesuai untuk ke pantai hujung minggu ni? (HEADLINE)

Ini mungkin outfit yang paling sesuai untuk anda. (INTRO)

P L E A T E D   S K I R T (SOLUTION)

Ia menyerlah personaliti anda yang happy dan bebas dan berfikiran terbuka.

  • Garis menegak pada skirt akan menampakkan anda lebih tinggi dan langsing.
  • Pattern dan color simple. Sangat sesuai untuk wanita tak takkan terlalu “menonjol” tetapi penuh gaya.
  • Kainnya lembut, selesa dan tak panas.

Hanya RM49 (OFFER)

FREE Shawl kalau beli sebelum jam 12 malam ni. Dont miss the offer!

Order di sini (link anda)

Ayat jualan sangat sesuai digunakan di fb ad. Boleh juga guna di profile tapi janganlah kerap sangat sebab ia membosankan kawan dan follower anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *