Satu cara untuk tarik perhatian pelanggan dengan mudah ialah dengan menggunakan “manfaat produk”.
Ayat jualan yang menggunakan “manfaat produk” sangat sesuai untuk audien yang dah tahu dia ada masalah dan sedang cari penyelsaiannya.
.
Manfaat ialah perubahan baik yang diperolehi selepas menggunakan produk.
.
Katakan orang yang ada masalah kena selfie banyak kali sebab nak gambar nampak kurus.
.
Lepas menggunakan produk 3 bulan, sekarang sekali selfie je gambar dah nampak sempurna.
.
Ini kita boleh gunakan dalam ayat jualan kita dan ia boleh menarik orang yang mengalami masalah tersebut.
.
Contoh ayat yang dihasilkan…
.
===
.
Dulu banyak kali selfie baru puas, sekarang sekali je dah nampak perfect.
.
Itulah masalah kalau badan extra sikit.
.
Tapi sejak amalkan ABC 3 bulan ni memang ketara sangat bezanya.
.
ABC ni bantu tahan nafsu makan sambil bakar lemak berlebihan.
.
Sekarang ada offer menarik. Beli 1 dapat 1 lagi free. Limited!
.
Klik sini untuk order (link)
.
===
.
Jadi kalau anda nak dapat lagi banyak idea copywriting, boleh lah senaraikan lebih banyak manfaat produk anda.
.
Ingat, manfaat bukan fungsi atau kelebihan produk, manfaat ialah hasil atau perubahan baik yang diperolehi lepas guna produk.
.