Cikgu Ali merupakan seorang copywriter yang berpengalaman. Beliau banyak menghasilkan ayat iklan dan surat jualan untuk client. Selain itu beliau juga membimbing dan memberikan latihnan kepada mereka yang ingin menguasai ilmu copywriting. Lebih banyak tentang cikgu Ali DI SINI.

Dapatkan tips copywriting terus ke handphone anda. DI SINI.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Gunakan unsur bimbang atau takut dalam ayat jualan

Antara faktor terkuat yang menyebabkan orang membeli ialah emosi.
.
Contohnya, orang mungkin tak peduli pasal produk kesihatan pun kalau dia sihat.
..
Tapi….
.
Pabila doktor dah sahkan dia akan kolestrol yang tinggi dan berisiko kena sakit jantung, dia mungkin akan lebih sedia membeli produk kesihatan.
.
Sebabnya?
.
Takut kolestrol bertambah teruk dan risiko sakit jantung.
.
Untuk gunakan unsur takut dalam ayat jualan kita kena kaji dulu, apakah perkara yang dirisaukan atau ditakuti oleh pelanggan kita.
.
Pabila kita dah tahu barulah kita boleh hasilkan ayat jualan daripadanya.
.
Ini contoh ayat jualan menggunakan unsur takut dalam iklan takaful.
.
===
.
Tabahnya isteri menjaga suami yang sakit.
.
Malang tak berbau. Macam-macam boleh berlaku.
.
Sebagai ketua keluarga dan sumber pendapatan, suami yang sakit boleh memberi kesan pada kehidupan.
.
Lebih malang pabila sakit menyebabkan kecacatan kekal sampai tak boleh kerja.
.
Lakukan langkah perlindungan ini dari awal.
.
Dengan mencarum RM50 sebulan anda boleh sediakan tabung kecemasan sehingga RM150K kepada keluarga pabila anda ditimpa penyakit sampai anda tak boleh bekerja.
.
Tabung ini sedikit sebanyak akan pastikan kehidupan keluarga dapat diteruskan sambil mencari ikhtiar lain untuk teruskan kehidupan.
.
Dapatkan maklumat lanjut di (link)
.
===
.
Sekarang cuba fikirkan perkara yang ditakuti atau dirisaukan oleh pelanggan anda, dan hasilkan ayat daripadanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *