Perasan tak ada banyak jenis iklan atau copywriting yang digunakan oleh seller. Ini sebahagian daripada contohnya :
“7 tanda awal menunjukkan anda sebenarnya mengidapi gout”
“Berkesan mengurangkan asid urik dan gout. Hasil kajian saintis selama 10 tahun”
“7 tahun tak dapat jogging sebab gout, kini dah dapat lari sampai 3km”
“Dapat freegift bernilai RM99 untuk pembelian produk gout sekarang. Untuk 50 orang pertama sahaja”
“Selamat menyambut hari jadi ke-37. Sempena hari jadi anda, MKNJ menawarkan voucher bernilai RM10 untuk pembelian produk gout. Voucher ini sah digunakan hingga 31 Mei 2020”
Contoh-contoh iklan di atas adalah untuk produk yang sama, tapi anglenya berlainan. Mana satu agaknya berkesan? Nak tahu jawapan, baca artikel ni sampai habis.
Teori tahap kesedaran pelanggan
Untuk menjawab mana satu iklan yang berkesan saya ingin kongsikan satu teori atau ilmu yang penting dalam bab pengiklanan ini.
Asas dalam beriklan atau buat copywriting ialah kita “sampaikan mesej yang betul kepada orang yang betul”. Kalau mesej dah betul tapi orangnya salah iklan kita tak berkesan juga.
Lagenda pengiklanan Eugene Schwartz membahagikan pelanggan kepada 5 tahap kesedaran :
- Tak sedar – pelanggan tak tahu pun mereka ada masalah tu.
- Sedar masalah – pelanggan tahu mereka ada masalah tapi tak tahu apa penyelesaiannya.
- Sedar solusi – pelanggan tahu solusinya, tapi tak tahu yang mana satu bagus.
- Sedar jenama – pelanggan tahu mana satu jenama yang bagus tapi belum beli.
- Sangat sedar – sudah membeli dan menggunakan produk
Setiap tahap perlukan bentuk iklan berbeza
Untuk setiap taham pelanggan ini bentuk iklan yang digunakan pun haruslah berbeza.
Tak sedar – gunakan iklan yang fokus content atau education.
Sedar masalah – gunakan iklan yang fokus pain, kelebihan dan manfaat produk.
Sedar solusi – gunakan iklan yang fokus pada pembuktian (seperti testimoni, kajian saintifik dan usp produk).
Sedar jenama – gunakan iklan yang berbentuk tawaran yang ada urgency dan scarcity.
Sangat sedar – gunakan iklan yang berbentuk tawaran khusus.
Yang penting di sini anda kena tahu iklan yang anda buat itu ditujukan kepada siapa? Anda kenal apakah tahap kesedaran mereka jadi senanglah untuk anda tulis iklan yang berkenaan.
Dan jawapannya…
Berbalik kita kepada soalan awal saya tadi mana satu iklan yang berkesan? Jawapannya semua iklan tersebut berkesan dengan syarat ia ditujukan kepada audien yang betul.
Berdasarkan iklan yang saya buat awal artikel ini tadi kita boleh pecahkan kepada pembahagian berikut :
“7 tanda awal menunjukkan anda sebenarnya mengidapi gout” (tak sedar)
“Berkesan mengurangkan asid urik dan gout. Hasil kajian saintis selama 10 tahun” (sedar masalah)
“7 tahun tak dapat jogging sebab gout, kini dah dapat lari sampai 3km” (sedar solusi)
“Dapat freegift bernilai RM99 untuk pembelian produk gout sekarang. Untuk 50 orang pertama sahaja” (sedar jenama)
“Selamat menyambut hari jadi ke-37. Sempena hari jadi anda, MKNJ menawarkan voucher bernilai RM10 untuk pembelian produk gout. Voucher ini sah digunakan hingga 31 Mei 2020” (sangat sedar)
Kesimpulannya
Sangat penting untuk kita kenal terlebih dahulu kepada siapakah iklan kita nak ditujukan. Kita kena tahu platform yang kita gunakan tu pelanggan yang ada berada pada tahap kesedaran mana?
Sebagai contoh, kalau kita baru nak beriklan di facebook dan kita belum ada database, mana satu bentuk iklan kita nak guna?
Kalau nak beriklan pada orang yang pernah nampak iklan tapi belum beli nak guna iklan apa pula.
Dengan mengetahui pembahagian pelanggan itu tadi mudahlah untuk kita tentukan apakah bentuk iklan yang sesuai kita nak gunakan.