Inilah punca ayat iklan tak dibaca TAPI ramai tak perasan

Pernah tak anda tulis ayat iklan tapi akhirnya macam takde orang nak baca pun. Kalau baca pun orang tak mahu, macam mana mereka nak beli? Lead tak masuk, orang komen pun takde.

Kenapa orang tak nak baca iklan kita ye? Ada beberapa sebab orang tak nak baca iklan yang kita tulis. Ini antaranya :

1. Tak fokus pada masalah dan kehendak pelanggan

Orang tak akan peduli kalau benda tu tak ada kaitan dengan mereka. Begitu jugalah dengan ayat iklan kita.

Kalau ayat iklan kita tak ada kaitan dengan mereka, mereka tak akan peduli. Untuk jadikan pelanggan membaca iklan kita maka iklan itu mestilah fokus kepada masalah dan kehendak mereka.

Kita kena ceritakan tentang masalah dan kehendak mereka dan bagaimana mereka boleh menyelesaikannya.

2. Tak guna bahasa pelanggan

Tapi kadang-kadang walaupun anda fokus pada masalah dan kehendak pelanggan mereka masih juga tak baca. Dulu saya tak perasan juga, sekarang barulah nampak patternnya.

Rupanya satu lagi sebab pelanggan tak nak baca iklan kita ialah jenis bahasa yang kita guna.

Bahasa yang kita guna juga kenalah bahasa yang pelanggan kita pakai. Biar bahasanya mudah, senang difahami dan takde istilah yang mereka susah nak faham.

Satu lagi gunakan bahasa yang seolah-olah anda sedang bercakap dengan pelanggan anda. Barulah mereka boleh “rasa”.

3. Struktur iklan yang tak tersusun

Orang tak banyak masa nak spent sebab masing-masing ada urusan dan sibuk. Mereka tak suka kita buang masa mereka.

Dalam iklan kita perlu mudahkan mereka membaca iklan kita. Antara yang kita perlu berikan perhatian ialah susunan perenggan. Pastikan perenggan kita tak terlalu panjang. Hanya 3 baris dalam 1 perenggan.

Kita juga boleh gunakan bullet poin untuk membantu pembaca scan ayat iklan kita dengan lebih baik.  Selain itu gambar dan video juga boleh digunakan untuk menjadikan iklan lebih menarik lagi.

Dapatkan KITAB COPYWRITING untuk belajar buat iklan langkah demi langkah.

 

 

 

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Ali Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ali merupakan seorang usahawan online sepenuh masa. Beliau menjual produk fizikal dan digital. Di samping itu beliau juga menawarkan servis penulisan surat jualan serta bimbingan pemasaran online kepada usahawan atau individu yang berminat. Info lanjut tentang Cikgu Ali DI SINI.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *