KURSUS LENGKAP UNTUK KUASAI ILMU COPYWRITING

Lepas ni anda tak perlu dah
tergagap-gagap nak buat copywriting

Adakah ini masalah anda sekarang?

Takde idea nak tulis ayat jualan
Tak tahu cara nak tulis ayat jualan yang betul
Tulis ayat iklan tapi tak berkesan
Duit je habis untuk buat iklan tapi takde pun jualan
dah pergi kursus dan beli ebook pun masih tak faham copywriting sebenar

Salam,

Saya Ali Hanafiah atau lebih mesra dipanggil cikgu Ali (sebab pernah jadi cikgu BM tingkatan 6 1999-2007).

Saya sangat faham kalau anda menghadapi mana-mana masalah di atas…sebab…saya sendiri pun menghadapi masalah sama sebelum ini.

Struggle nak menguasai ilmu copywriting bukanlah mudah. Banyak juga kursus yang saya dah pergi dan ebook saya beli, tapi masalah saya belum selesai lagi.

Pabila ilmu copywriting tak dikuasai

Sales tak masuk
Gaji staf tak dapat bayar
overhead bisnes pun kena bayar
Silap-silap terpaksa gulung tikar

Kebanyakan orang susah nak kuasai copywriting kerana :

Mereka tak belajar step by step copywriting yang sebenar. Kebanyakan lebih kepada belajar template dan ubah suai template. Sebab tu nak buat ayat jualan sendiri tak reti-reti.
Mereka juga tak diajar bagaimana cara yang betul untuk mendapatkan idea copywriting menyebabkan ramai yang main teka-teka sahaja. Sebab tu banyak ayat jualan yang dihasilkan tak berkesan.
Ramai yang tidak mengusai dan betul-betul memahami struktur dan jenis ayat jualan. Buat ayat pun main hentam je.
kebanyakan kursus atau program hanya ajar 1 kali dan lepas tu sendiri buat. Takde tempat nak refer dan bertanya semula kalau tak faham.

Disebabkan masalah ini saya rasa perlu saya hasilkan satu modul sendiri untuk buat copywriting dengan mudah.


Asalnya modul ini hanya untuk diri saya sendiri.


Kemudian ada di kalangan kawan yang ingin belajar, saya pun ajar menggunakan modul yang sama.


Alhamdulillah, mereka berjaya menghasilkan content dan ayat jualan yang berjaya.


Oleh sebab ramai yang dapat manfaat daripada modul yang saya gunakan, ia menyebabkan saya terasa untuk membuka modul ini kepada sesiapa sahaja yang ingin mendalami dan mempelajari ilmu content dan copywriting.

Kursus copywriting paling lengkap

Kursus copywriting ini merupakan kursus copywriting yang lengkap di mana akan belajar step by step menghasilkan copywriting yang berkesan, serta belajar pelbagai bentuk ayat jualan termasuklah ayat iklan, surat jualan, content dan storytelling.

Siapa yang sesuai mengikuti program ini?

  • Mereka yang sudah menjalankan bisnes secara online
  • Mereka yang ingin mempelajari ilmu copywriting secara lebih mendalam
  • Mereka yang ingin menghasilkan ayat jualan sendiri tanpa perlu terikat dengan template
  • Mereka yang ingin jadi copywriter sepenuh masa atau sambilan

Program ini tidak sesuai jika

  • Anda nak main copy paste sahaja
  • Anda tak mahu belajar ilmu copywriting secara mendalam
  • Anda tak sanggup membuat latihan copywriting untuk menjadikan akan mahir

Dibimbing sampai pandai

Tidak seperti kebanyakan panduan atau kursus copywriting yang lain, dalam kursus ini anda akan dibimbing selama 3 bulan supaya anda betul-betul dapat mengusai ilmu copywriting dengan sempurna. Lepas ini tak perlu lah anda menghabiskan duit untuk belajar banyak kali bagi mengusai skill copywriting yang berbeza-beza.

Apa yang akan anda belajar dalam kursus ini?

Asas copywriting

Anda akan belajar 3 asas penting ilmu copywriting. Ilmu ini akan membolehkan anda memahami secara mendalam bagaimana sebenarnya menghasilkan ayat jualan yang berkesan.

Ayat iklan

Anda akan belajar cara menghasilkan ayat iklan untuk fb ad, adword dan display network yang lain.

Surat jualan

Anda juga akan belajar cara menghasilkan surat jualan yang convert.

Content writing

Anda juga akan belajar bagaimana menghasilkan content yang sesuai untuk kempen branding.

Story telling

Anda juga akan belajar cara menghasilkan ayat iklan berbentuk story telling.

Selepas mengikuti coaching ini anda akan…

Berjaya menghasilkan ayat-ayat jualan tanpa terikat dengan “copy & paste

Menjana idea copywriting yang putus-putus

Mampu menghasilkan jualan daripada ayat yang dihasilkan

Meningkatkan lagi conversion ayat jualan sedia ada

Mendapat kerja sebagai copywriter yang sangat diperlukan dalam pasaran sekarang

Boleh buka servis copywriting dan menjana income daripadanya

Tentang cikgu Ali

Berikut ialah serba sedikit tentang latar belakang cikgu Ali.

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam online marketing dan copywriting (sejak 2010).

Menghasilkan lebih 10 ribu ayat jualan untuk kempen jualan sendiri dan juga client

Sering dilantik menjadi trainer dan konsultan untuk mengajar peserta tentang copywriting

Masih aktif menjual produk secara online sehingga kini.

Pengarang kitab copywriting yang telah didownload lebih 1500 orang

Apa kata mereka yang pernah dibimbing oleh cikgu Ali

Program bimbingan cikgu Ali sangat membantu. Selalunya dekat copywriting saya selalu tersekat. Lepas ikuti program bimbingan saya belajar struktur copywriting yang sangat mudah. Saya dan ajar agent lain dan mereka pun, mudah ikut dan boleh buat copy writing sendiri.. Hebatttt

Muhamad Shahrul Nizam

pengedar kereta

Bimbingan cikgu Ali ini bukan sahaja sesuai untuk beginner, tapi yang dah biasa buat surat jualan macam saya pun berasa “wow”. Kita tahu nak tulis yang mana dulu dan diajar step by step. Banyak juga perkara penting yang saya tertinggal sebelum ini, tapi dengan bimbingan cikgu Ali ia jadi simple.

Hamimi Zulkifly

internet marketer

Alhamdulillah, banyak benda yang saya belajar daripada bimbingan cikgu Ali. Lebih-lebih lagi tentang buat kajian pelanggan. Selama ini, saya tulis surat jualan, main teka dan tembak je. Tapi lepas belajar dengan cikgu Ali, barulah saya tahu kajian pelanggan dan produk sangat penting dalam penulisan surat jualan. Contoh yang diberikan sangat membantu dan mudah faham. Yang paling best, program bimbingan cikgu Ali senang je nak ikut.

Shahmi Hasifi

Copywriter
Kalau nak caj puluh ribu pun tak pelik

Terima kasih sebab ajar dan kongsi ilmu copywriting yang sangat mahal dan power! Sebelum ni copywriting ni main tulis je la, tak kaji secara teliti struktur. Kalau jadi duit, jadilah. Tapi lepas belajar ngan cikgu memang berubah cara penulisan saya, ada framework, ada guideline. Copywriting bukan sekadar tulis, tapi ada sebab kenapa saya tulis “point” tu. Mahal ilmu ni cikgu, mahal. Pembelajaran pun sangat best, bukan pembelajaran satu hala. Cikgu siap “bocorkan” lagi penulisan mahal cikgu. Kalau nak caj puluh ribu pun tak pelik, sebab kalau mahir ilmu ni nak generate ratus ribu pun boleh.

Syazani Suhaimi

Internet Marketer
Proven dah

Sebelum join kursus belajar copywriting dengan cikgu ni , saya ada masalah skit dalam menstruktur copywriting. Tapi lepas join kursus dgn cikgu, alhamdulillah semua semakin clear. Saya sangat suka format dan struktur yang dah di share oleh cikgu. Sangat berguna untuk saya. Lagi-lagi semua yang cikgu ajar ni adalah proven tested. Tolong teruskan kursus macam ni lepas ni . Terima kasih cikgu ali

Ali Adnan

internet marketer

Ini jaminan saya

Kalau anda dah belajar dan ikut semua apa yang saya sarankan, tapi anda masih tak berhasil membuat copywriting, anda boleh minta balik duit anda!

Percuma 3 bonus eksklusif bernilai RM5199 untuk anda yang daftar sekarang

Kitab Copywriting

(ebook)

bernilai RM49

159 Contoh ayat jualan sebenar

yang saya pernah gunakan dalam iklan

bernilai RM150

5 contoh surat jualan

bernilai RM5000

Nilai bonus yang anda akan dapat pabila mendaftar program bimbingan ini ialah RM5199

Berapakah yurannya?

Saya tak nak kona sana, kona sini pasal yuran ni sebab banyak masa dan tenaga yang akan digunakan untuk membimbing selama 3 bulan. Inilah perlaburan yang perlu anda bayar untuk menyertai kursus ini.

Yuran

RM3999

  • Belajar 4 jenis copywriting
  • Dibimbing selama 3 bulan

Selepas menjalani kursus ini anda mampu menggunakan skill copywriting sama anda untuk buat jualan sendiri, memohon kerja sebagai copywriter atau memberikan servis copywriting.

Dengan erti kata lain anda boleh buat duit dan menjana kekayaan dengan skill ini.

Jadi perlaburan yang anda lakukan ini akan dapat balik.

Kalau dah ikut semua latihan dan masih tak pandai buat, boleh minta balik duit anda. Ini jaminan saya.

Soalan lazim

Ya sesuai sebab ilmu yang diajar ialah ilmu fundemental. Dengan mengusai ilmu ini anda akan mampu menghasilkan ayat jualan atau content anda sendiri walau apa pun bidang bisnes anda.
Ya, setiap peserta akan dibimbing 3 bulan selepas sesi teori.
Anda digalakkan untuk berlajar secara berdepan kerana lebih mudah untuk menguasai ilmu yang diajarkan. Namun jika perlu, anda boleh memilih untuk menjalani kursus ini secara online juga.
Copyright 2021 © alihanafiah