3 tool untuk buat bisnes online lebih proper

Bisnes yang proper bermaksud bisnes yang tersusun dan terurus dengan baik.

Dalam bisnes online, proper ini bermaksud, pemasaran nya tersusun dengan baik, dan rekodnya pun tersusun dengan baik.

Anda nak tahu sama ada bisnes online anda dah proper ke belum cuba jawab soalan ini :

  1. Apakah flow funnel jualan anda?
  2. Berapa jumlah pelanggan anda sudah ada?
  3. Berapa jumlah pembelian yang telah pelanggan anda lakukan?
  4. Berapa kali sudah pelanggan anda membeli dengan anda?
  5. Siapa yang sudah membeli lebih daripada sekali dengan anda?

Boleh tak anda jawab soalan-soalan di atas. Kalau boleh tahniah kerana itu menunjukkan bisnes anda mempunyai ciri bisnes yang proper.

Kalau tak boleh jawab, ada kemungkinan besar bisnes anda belum lagi jalan secara proper.

Untuk menjadikan bisnes online kita proper kita perlukan beberapa tool atau perisian yang membantu kita menguruskan bisnes kita dengan baik.

Berikut merupakan 3 tool atau perisian yang penting untuk menjadikan bisnes kita bisnes online yang proper.

Blog atau web

Contoh website

Blog atau web sangat perlu untuk kita upload kita punya content, surat jualan malah kedai online pun kita boleh pasang di blog atau web ini.

Blog atau web ini memudahkan orang mencari kita di dunia online melalui google. Malah kita juga boleh mempromosikan bahan-bahan kita di web atau blog ini.

Apabila orang bertanyakan tentang produk atau servis, kita hanya perlu sharekan link dari blog atau web kita yang berkaitan dengan soalan pelanggan kita tadi.

Kita juga boleh mempromosikan isi kandungan blog atau web kita di media sosial atau menggunakan iklan berbayar seperti fb ad dan google ad.

Payment gateway dan ecommerce

Web E-commerce

Payment gateway ialah sistem yang membolehkan pelanggan membuat bayaran terus di web sama ada menggunakan kad atau pun online transfer.

E-commerce pula ialah sistem web yang membolehkan pelanggan membuat pilihan produk dan seterusnya membuat belian. Biasanya E-commerce dan payment gateway ini digabungkan sekali.

Kelebihan menggunakan payment gateway dan e-commerce ini ialah pelanggan boleh terus membuat bayaran tanpa perlu minta nombor akaun dengan kita. Di samping itu database pelanggan akan tersimpan dengan dengan baik.

Kita boleh juga memantau prestasi jualan, siapa yang membeli, berapa banyak mereka dah beli dan bermacam-macam lagi analisa yang kita boleh lakukan melalui data yang diperolehi daripada e-commerce ini. Ini membolehkan membuat perancangan dan keputusan lebih baik lagi untuk masa depan bisnes kita.

 

CRM (Costumer Relationship Management)

Contoh dalam sistem CRM

CRM merupakan perisian yang membolehkan kita menguruskan dan menghubungi pelanggan kita sama ada menggunakan email, sms, whatsapp dan sebagainya.

Dalam sistem ini maklumat pelanggan disimpan dan diuruskan dengan teratur. Ia membolehkan kita boleh follow up pelanggan kita sama ada secara perseorangan atau pun beramai-ramai dengan menggunakan pelbagai kaedah sama ada email, sms dan macam-macam lagi.

Perisian ini boleh jadi perisian yang tersendiri dan berasingan. Ada juga sesetengah web atau e-commerce telah dilengkapi terus sistem CRM ini dalam sistem mereka. Ini memudahkan proses pemantauan dan berhubungan dengan pelanggan.

Inilah 3 tool atau perisian yang penting yang perlu kita ada jika mahu menjadikan bisnes online kita lebih proper.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Ali Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ali merupakan seorang usahawan online sepenuh masa. Beliau menjual produk fizikal dan digital. Di samping itu beliau juga menawarkan servis penulisan surat jualan serta bimbingan pemasaran online kepada usahawan atau individu yang berminat. Info lanjut tentang Cikgu Ali DI SINI.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *